Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Isu Rampas Mic : Mark Adam Pertahan Tindakan Haqiem Rusli

Minggu ini memang hangat sungguh dengan insiden penyanyi Haqiem Rusli merampas mikrofon seorang peserta I Can See Your Voice Malaysia. Ada yang sudah menyampah dengan sikap Haqiem yang didakwa berlagak dan tidak menghormati orang lain.

Advertisement

Disebalik kecaman yang terus dilemparkan kepada Haqiem oleh netizen, Mark Adam yang juga salah seorang panel dalam program tersebut telah tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menurut Mark, beliau yang meminta Haqiem untuk naik ke atas pentas dan mengambil mikrofon untuk menolong peserta itu menyanyikan lagu Tergantung Sepi dengan nada yang betul. Buat Mark, tindakan Haqiem itu tidaklah melampau.

Saya yang menyuruh dia naik ke pentas dan tolong peserta itu menyanyi lagunya dengan betul. Itu bukanlah merampas mikrofon sebaliknya mengambil. Dua tindakan itu berbeza dan ia bukan sesuatu yang kasar seperti yang dikecam netizen. Kami semua, artis dan peserta berseronok ketika sesi rakaman itu berlangsung. Jadi, tak ada isu pun sebenarnya antara Haqiem dengan peserta itu.

Netizen tak pernah jadi artis. Mereka tak faham konsep program itu. Saya diminta pihak produksi untuk membawa karakter gila-gila. Saya tak marah. Sekali saya pernah buat salah, setiap benda yang saya buat orang akan anggap salah.

Mark pada masa yang sama memberitahu beliau juga sudah mengirim mesej meminta maaf kepada peserta itu atas apa yang berlaku.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Video : ntv7malaysia

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

42 Comments

  1. kak melah

    August 10, 2018 at 10:06 am

    ni sume artis xde manner perasan bagus, biarlah org tu abis nyanyi dulu yg ko rude sgt rampas mic ape hal? at the first stage production yg bagi die nyayi atas pentas kan…korg menyibuk lebih knp.

  2. aku ker?

    August 10, 2018 at 8:55 am

    harus penganjur atau hos kasi la mic. dh terang benderang dia rampas. kalau aku, aku rampas balik dari mamat acah2 poyo tu…

  3. pakatanbawang

    August 10, 2018 at 8:17 am

    CUKUP2 LAH RANCANGAN YG MELAYUKAN BANGSA MELAYU NI..

  4. Fabulouskaujah

    August 9, 2018 at 7:24 pm

    Adoi la, kshow, walaupun lawak mereka agak savage dan keras, dia tetap akan suruh guest habiskan diorang punya talk,singing. bukannya suruh anak murid pergi rampas mic. no manners, sebab tu artis malaysia ni (pinoy juga), top sekejap je, lepastu merudum. contohilah datuk siti nurhaliza kalau nk kekal lama, maafla xde contoh lain

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top