Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Isu Publisiti Murahan Kononnya Hampir Diculik : Hairul Azreen & Ammar Alfian Dipanggil Untuk Beri Keterangan

Kenyataan pelakon Hairul Azreen yang mendakwa dirinya dan Ammar Alfian hampir diculik oleh lanun ketika menjalani penggambaran filem Paskal di Semporna, Sabah telah mencetuskan pelbagai spekulasi.

Advertisement

Tindakan Hairul itu disifatkan sebagai satu publisiti murahan untuk mempromosikan filem lakonannya itu. Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) turut menyifatkan apa yang dikatakan Hairul itu tidak berasas dan menimbulkan rasa takut orang ramai apatah lagi ia melibatkan keselamatan negara.

Susulan perkara itu, ESSCOM akan memanggil Hairul dan Ammar untuk memberikan keterangan lanjut dalam masa terdekat. Setiap apa yang keluar daripada mulut mereka berdua juga akan dirakamkan di Ibu Pejabat ESSCOM, Lahad Datu.

ESSCOM akan memanggil kedua-dua pelakon itu untuk rakam keterangan mereka dalam masa terdekat di Ibu Pejabat ESSCOM.

Terdahulu, Hairul memberitahu ketika kejadian berlaku hanya beliau dan Ammar masih berada di kawasan pelantar minyak selepas menyelesaikan beberapa babak sebelum ada rakan membisikkan pihak berkuasa sebenarnya sudah mendapat maklumat bahawa kumpulan lanun mahu menjadikan mereka sasaran penculikan.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 Comments

  1. bodopiang

    September 3, 2018 at 7:56 am

    dia nampak bot nelayan tgh tangkap ikan..
    dia kata lanun ..
    ahahhahahahhaa..
    kan aku dah kata.. mamt nih poyo je lebih..
    tak hingin la nak pi tgk filem ko..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top