Isu PU Faiz Cederakan Wanita : PU Rahmat Jelaskan PU Faiz Pertahankan Diri Kerana Cubaan Memeluk

Hiburan

Isu PU Faiz Cederakan Wanita : PU Rahmat Jelaskan PU Faiz Pertahankan Diri Kerana Cubaan Memeluk

Naib juara program Pencetus Ummah musim kedua, Ahmad Faiz Faizuddin Rosli ataupun lebih dikenali sebagai PU Faiz semalam  mengaku tidak bersalah atas dakwaan mencederakan seorang wanita di sekolah tahfiz terletak di Kota Damansara sekitar dua bulan lepas.

PU Faiz mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Advertisement

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Nurul Intan Sakinah, 29, atas sebab kemarahan.

Isu ini menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat dan tidak kurang juga ada yang mengkritik PU Faiz tanpa usul periksa.

Bagi mengelakkan salah faham terus berlaku, rakan seperjuangan PU Faiz iaitu PU Rahmat Ikhsan menerusi akaun Facebook rasminya telah tampil menjelaskan perkara sebenar disebalik setiap tuduhan yang dilemparkan.

Menurut PU Rahmat, rakannya itu hanya cuba ingin mempertahankan diri daripada wanita berkenaan yang cuba untuk memeluk PU Faiz. Difahamkan, wanita itu juga bukanlah penceramah bebas seperti yang didakwa tetapi orang luar yang menceroboh kawasan pusat tahfiz tersebut.

Lebih dasyat lagi, wanita berkenaan sering menganggu PU Faiz dan PU Rahmat dan mahu berjumpa untuk melakukan hubungan seks dengan mereka.

PU Faiz Mencederakan Penceramah Bebas Wanita

Seperti yg di dakwa dan kami berhak memperjelaskan keadaan yg sebenar utk tidak melahirkan lagi mulut-mulut puaka

1)Wanita itu BUKAN Penceramah bebas atau Ustazah seperti yg tertulis di dada2 akhbar.

2) beliau datang dan menceroboh ke pusat pengajian kami dan dia juga didakwa kerna menceroboh(sebutan kes beliau pada Rabu ini)

3) Pu Faiz tidak mencederakan atau memukul beliau melainkan lebih kepada “MEMPERTAHANKAN DIRI” kerna cubaan memeluk (menurut saksi) dan berlaku pergelutan yg mengakibatkan kecederaan pada bahagian tangan wanita itu.

4) Wanita itu sering menganggu kami dgn hal rumahtangga beliau(sekarang dah bercerai) dan juga sering menghubungi Pu Faiz utk berjumpa serta ingin melakukan hubungan seks agar melahirkan seorang zuriat iaitu IMAM MAHDI walau ketika itu beliau MASIH ISTERI ORANG.

5) Sering Mendakwa dirinya adalah Ibu kepada IMAM MAHDI dan sering berjumpa NABI.

6) Cemburu dgn kebahgiaan kami dan menfitnah yg kami sudah bercerai dan PU Faiz adalah bakal suami keduanya.

Kesimpulannya.. Ini adalah dugaan utk kami dan didatangkan ujian berbentuk sebegini. Apapun InsyaAllah kami akn tenang hadapi.

Mohon sebaran bagi Menjelaskan Fitnah ini

Sesungguhnya dugaan dalam berdakwah itu amat besar. Harapnya dengan penjelasan PU Rahmat tiada lagi pihak yang mempertikaikan tindakan PU Faiz.

Sumber Berita : Facebook PU Rahmat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...