December 8th, 2016

Sehingga hari ini, kontroversi hangat Fathia Latiff kerana viralkan foto pramugari yang enggan mengangkat begnya masih lagi diperkatakan. Ada yang menyokong tindakan Fathia dan ada juga yang menyebelahi pihak pramugari tersebut dan mengakui Fathia tidak patut “memalukan” seseorang.

Meskipun menerima kecaman daripada setiap sudut, Fathia masih lagi berdiam diri dan tidak mahu menjelaskan perkara sebenar.

Netizen yang kurang senang dengan sikap berdiam diri Fathia meminta agar pelakon wanita itu memohon maaf atas apa yang beliau sudah lakukan.

Hmmph, masalah tidak akan selesai kalau asyik berdiam diri, lebih banyak spekulasi dan kecaman yang akan dilemparkan. Kadang-kadang kita perlu merendahkan sedikit ego kita untuk memohon maaf.


Comments are closed.

Loading...