Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil keputusan untuk memanggil pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal bagi mendapatkan penerangan daripadanya membabitkan kontroversi yang sedang tular kebelakangan ini.
Perjumpaan secara santai
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, perkara tersebut akan diajukan kepada Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff. Menurutnya, pertemuaan itu akan diadakan secara santai dan tidak formal.
Malah mungkin boleh jemput Don Daniyal untuk minum teh secara santai.
Sebagai umat Islam kita perlu ada sifat tawaduk dan rendah diri untuk menerima dan mengaku sekira melakukan kesilapan tidak kira sebesar mana kesilapan dilakukan.
View this post on Instagram
Nasihat agamawan berhati-hati
Selain itu, Mohd Na’im juga menasihati para agamawan supaya berhati-hati ketika menyampaikan ceramah kepada orang awam agar tidak menimbulkan fitnah atau salah faham.
Saya menasihati kepada semua agamawan supaya berhati-hati dalam menyampaikan ceramah. Pastikan terlebih dahulu terutamanya hadis yang disebutkan perlu disemak dan benar-benar sahih.
Penganjur juga boleh merujuk kepada jabatan mufti negeri masing-masing untuk menentukan sama ada penceramah itu memperoleh tauliah atau tidak.
Terdahulu, Don Daniyal telah direhatkan daripada program Salam Baitullah selepas isu pertikaian di media sosial berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW hingga mengundang perdebatan daripada segelintir pihak.