Written by Bella | April 5th, 2017

Selebriti Singapura dan juga juri tetap bagi program Maharaja Lawak Mega 2017 ( MLM 2017), Najip Ali harus memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia gara-gara mempersendakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerusi sebuah rancangan popular Singapura, OK Chope!

Zed Zaidi yang merupakan Presiden Persatuan SENIMAN Malaysia berkata pihaknya memberikan tempoh sehingga hari Jumaat ini untuk Najip Ali membuat permohonan maaf dan akan membuat laporan polis jika Najip Ali gagal untuk berbuat demikian.

(Jika Najip enggan memohon maaf) Kami juga cadangkan supaya Najip disekat daripada membuat penampilan dalam rancangan televisyen Malaysia.

 

Dalam rancangan itu yang diterbitkan oleh Mediacorp 5 milik Temasek Holdings, peserta diminta melengkapkan ayat: “Najib slams … for threatening Malaysia’s progress”. Para peserta program itu termasuk Najip Ali, memberikan pelbagai jawapan yang dilihat menghina dan mempersendakan perdana menteri.

Sumber Berita : Media Hiburan

Kredit Video : khnfrz media 2.0

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

107 responses to Isu Persenda PM : Najip Ali Diberi Tempoh Sehingga Jumaat Ini Untuk Mohon Maaf

  1. mek kembang says:

    Hahaha..lawak masing2 kutuk bagai,,lg syok outsider nak bt pedajal ke malaysia tpi pergunakan najib

  2. Anonymous says:

    AK TGK MUKA NEDIM NGN NORA DANISH ADA IRAS…JODOH PNJG NI….

  3. hani says:

    setuju sgt2 dgn makcik wok….at least respect laa sikit PM sbgai ketua negara kita……

  4. Anonymous says:

    setuju mek kembang,klu org permainkn ketua Negara seolah2 permainkan Negara kita…y kutuk2 ni org Malaysia,org2 mcm ni y memalukn Malaysia sebenarnya…good job Zed Zaidi…

    • Anonymous says:

      Good job apa ke jadah…sensitf tk bertempat..najib ali takdelah cakap apa sangt benda2 buruk pun..hanya sindiran sinis buat lawak selamba..menteri2 spore pun ada yg disindir dan sbagnya..eg..donald trump dan lain2..tkde pun melatah..patut pun malaysia tk maju..ZZ hanya salah satu clown kt malaysia ni..

    • dontcare says:

      aku syak ni ZZ..haha

  5. Mamakila says:

    apehal aku tengok gemuk semacam Zed Zaidi ni.. dia ni dah senyap gila bajet nak up balik tu yang suruh Najip Ali mintak maaf tu. heh! macai makan dedak!

  6. Anonymous says:

    ZED ZAIDI GANGSTER KAMPUNG DUSUN..SETIAP BAKAT ASING DTG KAT NEGERI DIA..DIA NAK DENGKI..PHUIIIIH..PADAHAL ORANG TU ADALH MENAIKKAN NDUSTRI SENI TANAHAIR..CARI SILAP ORANG TK HABIS..APALAH SANGT YG NAJIB ALI CAKAP..AKU TONTON VIDEO TU..TKDE APA PUN..PILAH SAMAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA YG KUTUK NAJIB..
    AKU TAK SALAHKAN ORANG LUAR CAKAP PASAL PM NAJIB..BELAJAR DARI KESILAPAN BUKAN ASYIK NAK TERSINGGUNG TK HABIS2..MEMANG PATUT PUN KENA KUTUK

  7. Anonymous says:

    dalam duni ni ada sorang je ke nama najib …. furthermore knp nak attack najip.. not mediacorp???

  8. Nyonya mansor says:

    Korang rasa orang Pekan sentap tak bila baca statment korang ni…

  9. Neng says:

    org yg sentap ni sume korg paham tak apa yang korg sentapkan???

    Najip ali cume cakap:
    Najib with a B slams Najip with a P.
    Kalau tk paham english maksodnye=Pm najib hentam najip ali.

    Itupon hine ke???

    • Naf says:

      THAT IS WHY! Tak faham mana hinanya… Najip ali lebih banyak mendiamkan diri. ZZ memang tak suka org spore lah. Dulu kutuk aaron aziz, now nak gam najip ali. nampak benor tak sukanya tu

  10. booooo says:

    rakyat Malaysia pun tak hormat PM sendiri, apatah g luar negara. hahaa. apa aku heran, PM kita layak dikutuk pun

  11. Relakje says:

    ZZ needs translator. Myb dia tonton only this episode not others. Ok chope n the noose slalu kopek hal harian tk kira menteri atau rakyat. ZZ jenis otak sempit. Knape tk suroh je semua yg buat stmt kelakar tu minta maaf. Just cos NA skrng juri MLM for 2 yrs? Soooo dengki. Jgn kn artis spore, dari indo pn dia slalu kacau klau dpt job kt msia. ZZ persatuan kau sndri tk betol. Ingt kn da tutup kedai. Go & fly kite !!!

    • Anonymous says:

      Betul tu..tak faham aku..sepatutnya si zoro zaidi ni bangga sesangat rakyat dari mana2 pelusuk datg ke malaysia memeriahkan induatri seni tanahair..dia pulak dok sibuk mendengki siap menghalau sapa2 yg dtg ke malaysia..jahat betullah dia ni..muka tk handsome aku boleh maafkan..jgn perangai buruk..so disgustinglah dia ni

  12. zed zaida says:

    sapa yg rajin sangat klik ikon ibu jari tunjuk bwh tu? zed zaidi atau kroni dia? :p

  13. Masha Allah says:

    sorry to say, mana semangat sayangkan bangsa korang ni….aku tau PM kita memang ada buat kesalahan tapi aku rasa korang tetap gak kena hormati dia sebagai ketua negara…yang nak ikut attitude omputih amerika tu ape kejadahnya!!! Rasullah tak ajar kita supaya tak hormati orang…jahat macam mana pon org tu kita tetap kena hormati orang…paham tak!!! ini semua dah terpengaruh dengan perangai kafirun!!!!! bertaubat la korang!!!!!!!

  14. putri says:

    Mediacorp apologises for ‘offensive’ comedy segment on Malaysian PM Najib Razak. Najib Ali pun dah minta maaf. So zed zaidi,u tak payah nak byk bunyi lagi ok.case closed.

  15. ada aku kisah says:

    Well kalau kat spore ingat rakyat dia mudah ke nak sindir sindir even budak 18 tahun sindir mendiang PM Spore pun kena tahan lokap, panas sbb ekonomi spore susut jatuh isteri PM Spore dah rugi billions. Nak cari makan tpt orang hormat laa sikit, mcmana orang Msia g kerja tpt korang hari hari tu. Tak sembang kencang bab GST 6% tu spore atau negara lain pun lagi tinggi GST tu pun orang kita tak lokek beli tiket AA setahun 3x pergi melancong nampak tu betapa Msia ni dah bangrap ada plak orang sanggup membazir duit dinegara orang lepas tu tak cukup nak makan pakai menyumpah hari hari mcmana hati nak tenang perut nak sentiasa kenyang tak de berkat mana pun.

  16. Anonymous says:

    Sayang ppl who commentted did not even bother to even look the video which NARA shared. Najip Ali merely reply once compare to rest of the 3 participants who commented even much worst than him. Why bash him alone just bcos he was the only Malay participant who was judging MLM 2017 concurrently?
    Then what’s next BANNed him from entering Malaysia?
    It’s such a sad way to see Melayu matikan bangsa melayu sendiri.

  17. putri says:

    Wow!!! byk nya yg dislike my comment.ni mesti org yg sama yg dislike.hello zed zaidi..hahahahaha..

  18. Anonymous says:

    blue jelly army kerajaan sedang dislike setiap komen yg menentang najib.. hahaha mmg xboleh blah sungguh.. pigidah.. try la dislike undi time PRU nanti.. wait n see ok blue jelly army.. gudluck..

  19. Sembilu Sendu says:

    Banyak dislike. Desperate much?

  20. Anonymous says:

    najib elok dipindahkan ke negara setan je skali dgn zz n kabinet pemacai tegar ni

  21. Aiman says:

    Jangan kita sandarkan setiap Rezeki itu daripada makhluk, rezeki kita bukam PM yang tentuk, berbalik pada hubungan kita dgn pecipta kita, sejauh mana tahap syukur kita… Jgn kita menyalahkan org lain…. Nilai diri kita, perbaiki diri kita itu yang lebih baik…

  22. Anonymous says:

    Smaa ja manusia dlm dunia ney…baik najip ali baik najib razak baik org yg komen dlm ney…sama ja x da beza..

  23. kak mah baik says:

    zed zaidi dan jamal xde beza.. cam adik beradik.. sedikit pun xterasa lau nk kutuk pm.. dah mmg dia teruk.. lau dia baik, ko kutuk.. mmgla marah..

  24. Anonymous says:

    jh