Isu Persenda Nama Bapa Watson Nyambek : Primeworks Studio Tampil Mohon Maaf

Hiburan

Isu Persenda Nama Bapa Watson Nyambek : Primeworks Studio Tampil Mohon Maaf

Stesen televisyen TV3 milik Media Prima Berhad menerusi anak syarikatnya, Primeworks Studios telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka  atas kelancangan mempersendakan nama bapa pelari pecut negara, Watson Nyambek di dalam program komedi, Sukan Tak Sentral.

Advertisement

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Idzham Omar menerusi satu kenyataan dibuat di akaun Facebook rasmi TV3 mengakui kesilapan mereka dan memberikan peringatan kepada semua kakitangan mereka untuk peka dan menjaga sensitiviti dalam setiap rancangan yang akan diterbitkan. Pihak mereka juga berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Tedahulu,  hos program tersebut  Ammar Titan dan Marsha Milan mempermainkan nama Nyambek dengan membuat bunyi kambing sedang mengembek.

Tindakan tersebut bukan sahaja dikecam oleh netizen tetapi khabarnya Watson Nyambek merencana untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap isu berkenaan kerana ia jelas menjatuhkan maruahnya.

Sumber Berita : Facebook TV3 Malaysia

Kredit Video : Sukan Star TV

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...