Stesen televisyen TV3 milik Media Prima Berhad menerusi anak syarikatnya, Primeworks Studios telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas kelancangan mempersendakan nama bapa pelari pecut negara, Watson Nyambek di dalam program komedi, Sukan Tak Sentral.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Idzham Omar menerusi satu kenyataan dibuat di akaun Facebook rasmi TV3 mengakui kesilapan mereka dan memberikan peringatan kepada semua kakitangan mereka untuk peka dan menjaga sensitiviti dalam setiap rancangan yang akan diterbitkan. Pihak mereka juga berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.
Tedahulu, hos program tersebut Ammar Titan dan Marsha Milan mempermainkan nama Nyambek dengan membuat bunyi kambing sedang mengembek.