Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Isu Pernah Curang Enam Kali : Penyanyi Ismail Izzani Terima Setiap Kecaman Netizen

Beberapa hari lalu, penyanyi baharu Ismail Izzani dihimpit kontroversi hangat apabila bekas kekasihnya,  Sharifah Rose mendedahkan Ismail pernah berlaku curang sebanyak enam kali. Ramai juga peminat beliau yang kecewa dengan berita tersebut.

Advertisement

Kisah mereka menjadi bualan hangat di media sosial dan akhirnya Ismail tampil mengakui kesilapannya itu. Baru sahaja berusia 18 tahun, Ismail menganggap apa yang berlaku adalah satu pengajaran baginya dan akur sekiranya beliau terus dikecam.

Saya akur jika terus dikecam, malah terbuka dengan setiap komen yang diberi. Sebagai remaja, mungkin saya tidak bersedia untuk mempunyai hubungan. Tetapi, saya sudah belajar daripada pengalaman itu.

Saya mohon maaf kerana membuat peminat sedih dan kecewa. Selepas perkara ini menjadi bualan netizen, saya dan Sharifah Rose ada berbincang. Kami juga sudah saling memohon maaf.

Mengakui agak tertekan isu ini, Ismail bagaimanapun tidak mahu terus mengenangkan perkara lalu dan mahu memberikan fokus kepada bidang nyanyian.

Ismail masih lagi hijau dalam industri hiburan tempatan dan isu peribadi seperti ini sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada kariernya yang baharu sahaja ingin bermula. Namun, harapnya beliau tidak mengulangi kesilapan yang sama. Tidak mahulah nanti hanya akan dikenali sebagai selebriti dengan kontroversi sahaja kan?

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

77 Comments

  1. Anonymous

    April 5, 2018 at 11:36 am

    eleh…spm malas nk ambik…tp gigih bercinta bagai ada masa pulak…ewwww

  2. mak cik bawang bombay

    April 5, 2018 at 10:28 am

    euwwww.. what are talking about?.. budak sekolah biasa la curang byk kali.. tu bru level sekolah, yg nampak awek2/cikaro2 dr form 1 – form 5, belom lagi masuk kolej /universiti..rasanya curang more than 6 times dohh.. alaa, x yah la tunggu budak milo kpop yang luar biasa ni.. move on sudey.. SPM pn x amik…aishhhh..pikir masa depan dik..mak pak sila pantau xtvt anak anda. huhuhuhuhuhuh

  3. Najieb101

    April 5, 2018 at 8:18 am

    Ni set2 dak2 wicet la ni. come on lah akil baligh pon blom tentu tahu mcm mna lagi, nk sembang psl curang bagai. Yg lelaki tu study and keja baik2,jaga mak ayah dlu. Yg pmpuan tu jgn nk cintan lbih2 sgt lah dgn umo skrg ni dik. Semua cinta2 palsu je tu. cinta monyet dak2 wicet. Tnggu nnt both dh tahu makna RM1 dlm dunia skrg ni baru sembang pasal cinta.

  4. Anonymous

    April 5, 2018 at 8:16 am

    Dh 6 kali buat hal tu. paham2 la wahai ppuan tu. carila yg setia. Ni belum ap2 dh mcm2. Kl dh nikah kang. Cerai berai lak. Tu pon kl laki ni decide nk nikah la. Huhu. Muda lagi dik oi. Bnyk lg bnde nk fikir.

  5. minah_loy

    April 5, 2018 at 7:48 am

    Dok senyap2 la dik..bwk p menyanyi puas2…..dok kecoh dgn kisah cinta pulak….sejak umur berapa tahun bercinta tu kalau dah curang 6 kali tu….parah budak2 skrg….belajar entah kemana….

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top