Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Isu Pernah Curang Enam Kali : Penyanyi Ismail Izzani Terima Setiap Kecaman Netizen

Beberapa hari lalu, penyanyi baharu Ismail Izzani dihimpit kontroversi hangat apabila bekas kekasihnya,  Sharifah Rose mendedahkan Ismail pernah berlaku curang sebanyak enam kali. Ramai juga peminat beliau yang kecewa dengan berita tersebut.

Advertisement

Kisah mereka menjadi bualan hangat di media sosial dan akhirnya Ismail tampil mengakui kesilapannya itu. Baru sahaja berusia 18 tahun, Ismail menganggap apa yang berlaku adalah satu pengajaran baginya dan akur sekiranya beliau terus dikecam.

Saya akur jika terus dikecam, malah terbuka dengan setiap komen yang diberi. Sebagai remaja, mungkin saya tidak bersedia untuk mempunyai hubungan. Tetapi, saya sudah belajar daripada pengalaman itu.

Saya mohon maaf kerana membuat peminat sedih dan kecewa. Selepas perkara ini menjadi bualan netizen, saya dan Sharifah Rose ada berbincang. Kami juga sudah saling memohon maaf.

Mengakui agak tertekan isu ini, Ismail bagaimanapun tidak mahu terus mengenangkan perkara lalu dan mahu memberikan fokus kepada bidang nyanyian.

Ismail masih lagi hijau dalam industri hiburan tempatan dan isu peribadi seperti ini sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada kariernya yang baharu sahaja ingin bermula. Namun, harapnya beliau tidak mengulangi kesilapan yang sama. Tidak mahulah nanti hanya akan dikenali sebagai selebriti dengan kontroversi sahaja kan?

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

77 Comments

  1. memos

    April 10, 2018 at 1:08 pm

    CURANG???adoiiii budak remaja lagi weiiii jauh lg dek nonnnn nak jadi laki bini…jgn lh jd bodo piang…bukak mata bebesor jalan masa depan tu jauh lagi…eiuwwwwww..

  2. Kurikkundi

    April 6, 2018 at 8:21 pm

    Muka sendu kacang ijau ni ade hati nak curang 6x ?? Lol my ass lah

  3. anon

    April 5, 2018 at 6:03 pm

    Sape dia ni??? tak pernah dengar pun. Publisiti murahan je lbh. Curang?? Kalau tak curang pun aku tak pandang muka budak ni..

  4. Anonymous

    April 5, 2018 at 5:06 pm

    Ini pun jadi berita ye.. ish ish ish….

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top