Isu Perkecilkan Bakat Dan Suara, Hafiz Hamidun Dan Nabila Razali Bersemuka, Ambil Jalan Damai

Hiburan

Isu Perkecilkan Bakat Dan Suara, Hafiz Hamidun Dan Nabila Razali Bersemuka, Ambil Jalan Damai

Jika sebelum ini komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun dikecam hebat kerana tampil memperlekehkan vokal penyanyi Nabila Razali ketika membuat persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) kira-kira sebulan yang lalu, kini kedua-duanya difahamkan sudah berdamai dan berbaik.

Difahamkan juga, Hafiz Hamidun,37, telah pun bertentang mata dengan pelantun lagu Peluang Kedua itu bagi menjelaskan secara lanjut mengenai kontroversi yang berlaku antara mereka berdua.

Ujar Hafiz, ketika pertemuan itu, Nabila hanya positif dan memaafkan segala salah silap serta kesilapan yang telah terjadi.

Advertisement

“Saya juga secara peribadi telah mengucapkan maaf kepada Nabila jika isu itu menggores hatinya, niat saya sekadar untuk bagi komen peribadi, itu saja.”

Hafiz dan Nabila Razali dilaporkan telah bergandingan bersama dalam sebuah program Ramadan yang bakal disiarkan menerusi sebuah saluran TV pada hari Rabu yang lalu.

Perkara tersebut dihebahkan Hafiz menerusi sebuah hantaran di Instagramnya di mana dia ada memuat naik sebuah foto dirinya dan Nabila bergambar bersama.

Twitter Hafiz HamidunSumber : Twitter  

Terdahulu, Hafiz telah dikritik oleh netizen kerana dilihat terlalu lantang memberi kritikan terhadap Nabila usai sahaja dia menyampaikan lagu Peluang Kedua pada malam AJL35 tempoh hari.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...