Isu Penyanyi Bertudung Dihalau, Syarikat Castmet Nafi Bersikap Rasis

Hiburan

Isu Penyanyi Bertudung Dihalau, Syarikat Castmet Nafi Bersikap Rasis

Menarik juga perkembangan penyanyi bertudung yang dihalau dari pentas di sebuah majlis anjuran syarikat hartanah iaitu Castmet Sdn Bhd. Penyanyi tersebut, Marinaatasha sebelum ini telah pun membuat laporan polis terhadap kejadian ini dan berasa pelik kerana ketika sesi latihan, tiada sebarang rungutan didengari daripada wakil syarikat yang berada di situ.

castmet sdn bhd

Advertisement

Tidak mahu kontroversi ini berpanjangan, Pengarah Urusan Castmet, Tan Ken Wah telah mengeluarkan kenyataan berikut kepada Bernama:-

Saya menegaskan syarikat kami bukanlah rasis seperti didakwa, sebaliknya kejadian malam itu bukanlah kerana penyanyi itu bertudung tetapi dia bukan penyanyi yang dipersetujui oleh pengurusan majlis.

Antara isi kandungan perjanjian itu juga, penyanyi kumpulan berkenaan dikehendaki berinteraksi serta menari bersama tetamu yang kebanyakannya lelaki bukan Islam, dan bagi menjaga maruah serta sensitiviti orang Islam syarikat telah bertegas untuk tidak melibatkan penyanyi yang bertudung

marinaMasuk akal juga penerangan daripada Pengarah Urusan Castmet ini. Namun agak pelik kerana daripada pembacaan Abang Nara, ada juga artis Melayu Islam lain yang dijemput untuk membuat persembahan. Selain itu sekiranya Marinaatasha bukan penyanyi yang dipersetujui, mengapa perkara tersebut tidak dibangkitkan ketika sesi latihan? Mungkin pihak penganjur terlepas pandang perkara ini. Apa pun, diharap dengan penerangan ini, semua pihak berpuas hati.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...