Isu Pembebasan Sam Ke Ting, Wanita Ini Kongsikan Pendapat

Trending

Isu Pembebasan Sam Ke Ting, Wanita Ini Kongsikan Pendapat

Seperti yang kita tahu, pada 10 Oktober lepas, Mahkamah Majistret Johor Bahru telah mengekalkan keputusan untuk membebaskan jurujual wanita bernama Sam Ke Ting daripada tuduhan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal yang berlaku empat tahun lalu.

Majistret Siti Hajar Ali memutuskan demikian selepas Sam Ke Ting diarah membela diri oleh Mahkamah Tinggi pada Februari lalu. Siti Hajar dalam penghakiman berkata, mahkamah memutuskan yang ia adalah tidak selamat baginya untuk menyabitkan tertuduh atas pertuduhan yang dihadapinya.

Advertisement

5 years ago

Tragedi Basikal Lajak: Keluarga Mangsa Terkilan Tidak Dimaklumkan Pemandu Dibebaskan

“Selepas meneliti segala keterangan yang dikemukakan dan menimbang semua hujahan Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam Bela tertuduh di akhir kes pembelaan, timbul keraguan munasabah dalam minda saya. Maka diputuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah,” kata Siti Hajar.

Wanita terangkan secara terperinci tentang keputusan pembebasan Sam Ke Ting

Baru-baru ini di laman Facebook, terdapat sebuah perkongsian daripada seorang pengguna yang menerangkan dengan terperinci tentang keputusan Mahkamah Majistret membebaskan Sam Ke Ting yang didakwa memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak.

Perkongsian tersebut dikeluarkan oleh pengguna itu disebabkan ramai golongan yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan pembebasan Sam Ke Ting yang didapati tidak bersalah dalam kes berkenaan. Individu yang dilihat tidak setuju dengan pembebasan wanita tersebut mengemukakan banyak faktor termasuklah faktor kaum serta undang-undang yang bercelaru.

Namun, keputusan yang dibuat Mahkamah Majistret untuk membebaskan Sam Ke Ting dilihat satu keputusan yang wajar dan betul bagi pengguna yang mengeluarkan perkongsian ini. Keterangannya adalah seperti berikut:

Sam Ke Ting sudah melakukan yang terbaik dan berhati-hati dalam pemanduannya.

Ini adalah kerana, wanita tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan memandu seperti tidak memakai tali pinggang keledar, membuat aksi-aksi yang membahayakan, berada dalam pengaruh alkohol, bermain telefon bimbit atau melawan arus ketika sedang memandu.

Isu pembebasan Sam Ke Ting

Sam Ke Ting bersama peguamnya di hadapan Mahkamah Majistret – Sumber Facebook

Beliau hanyalah seorang pengguna jalan raya yang ingin ke sesuatu destinasi. Tambahan pula, memandu melebihi had laju dalam isu ini bukanlah sesuatu yang boleh digunakan sebagai punca kemalangan.

Sewaktu kejadian tersebut, had kelajuan yang dibenarkan adalah 4-80km/h. Untuk merumitkan keaadaan, pihak pendakwa tidak dapat mengemukakan bukti kukuh yang menunjukkan bahawa wanita tersebut memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

Siapa tahu, lapan remaja berbasikal lajak tersebut yang membawa basikal lebih laju daripada kereta wanita itu. Tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak serta golongan remaja yang menunggang basikal lajak selalunya dilihat bertindak memotong kereta sewaktu di jalan raya.

Jalan raya tersebut bukan tempat kebiasaan untuk budak bermain.

Jalan Lingkaran Dalam merupakan jalan raya besar dan kerap digunakan oleh motosikal, kereta serta kenderaan berat. Jika individu berbasikal ingin lalu di jalan tersebut, ia adalah tanggungjawab penunggang basikal untuk mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak dilanggar.

Isu pembebasan Sam Ke Ting

Gambar ketika kejadian kemalangan tersebut – Sumber Berita Harian

Selain itu, kawasan tersebut merupakan jalan berbukit dan sangat gelap. Pasti tiada siapa yang menjangkakan jalan raya yang gelap gelita serta kawasan merbahaya itu akan ada individu yang dilihat secara tiba-tiba menggunakan kawasan itu sebagai tempat bermain.

Pihak polis juga mengesahkan jalan raya tersebut malap dan terdapat pokok-pokok besar yang menghalang penglihatan pemandu daripada melihat di sebalik jalan.

Isu basikal lajak sememangnya sudah “parah” di kawasan tersebut

Penduduk di situ juga sering melahirkan rasa bimbang dengan budaya bermain basikal lajak. Lebih-lebih lagi, mereka terbawa-bawa sehingga mengadakan acara mingguan untuk berlumba basikal sesama mereka di kawasan tersebut. Malah, pihak polis juga mengadakan operasi untuk mengekang aktiviti tersebut beberapa hari sebelum kejadian.

Isu pembebasan Sam Ke Ting

Contoh basikal lajak – Sumber Google

Penduduk kawasan tersebut sememangnya sedar akan aktiviti budak-budak ini tetapi hanya penduduk kawasa itu sahaja lah yang tahu. Tertuduh pula bukan penduduk di situ. Jika dia penduduk di situ, dia pasti tahu akan aktiviti budak-budak bermain basikal lajak disitu dan sememangnya akan dipersalahkan.

Namun, wanita tersebut langsung tidak tahu bahawa kawasan tersebut merupakan tempat permainan budak-budak basikal lajak.

Hakim Mahkamah Majistret memberi amaran kepada ibu bapa supaya menjaga aktiviti dilakukan oleh anak-anak.

Kes tersebut juga menunjukkan yang ibu bapa mangsa kemalangan itu seperti tidak mengambil tahu perihal anak-anak mereka dan hanya membiarkan mereka bermain basikal lajak di kawasan itu.

Di akhir perkongsian tersebut, pengguna itu sempat meluahkan beberapa nasihat kepada individu yang masih tidak berpuas hati terhadap keputusan yang dibuat mahkamah. Menurutnya, ada perkara yang kita boleh ulas jika mempunyai kemahiran dan ada yang tidak perlu diulas jika kita tiada ilmu untuk mengulas perkara tersebut.

Pengguna tersebut juga mendoakan agar ibu bapa lebih bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan anak-anak.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...