Isu Pemandu Mabuk Akan Menjadi Tumpuan Di Dalam Sidang Dewan Rakyat Hari Ini

Trending

Isu Pemandu Mabuk Akan Menjadi Tumpuan Di Dalam Sidang Dewan Rakyat Hari Ini

Hari ketiga persidangan Dewan Rakyat hari ini bakal menyaksikan isu pemandu mabuk yang disabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah bakal menjadi tumpuan. Ini kerana peningkatan kes kematian berpunca daripada pemandu mabuk semakin menjadi-jadi sejak beberapa tahun lalu.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, isu berkenaan terkandung dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang diajukan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) kepada Menteri Pengangkutan.

Advertisement

Pertanyaan itu juga antara lain membangkitkan kemungkinan pengenalan hukuman mati bagi kes pemandu mabuk yang menyebabkan kematian. Sebelum ini, terdapat beberapa cadangan yang meminta hukuman yang lebih berat dikenakan kepada pemandu yang didapati bersalah.

pemandu mabuk

Selain daripada isu pemandu mabuk, turut dibangkitkan dalam sesi itu adalah pertanyaan daripada Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, mengenai jumlah kerugian pendapatan yang ditanggung industri pelancongan akibat impak wabak COVID-19.

Dua lagi isu lain adalah berkaitan pelancongan iaitu perancangan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk kembali meletakkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan selepas terjejas teruk akibat COVID-19.

Selain itu, persoalan mengenai tindakan yang telah diambil dalam menangani isu gelandangan dan pelesiran semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos mengikut garis panduan yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...