Isu Pelajar Diserang Di London, Wanita Ini Bengang Netizen Pertikaikan Soal Aurat Pula

Trending

Isu Pelajar Diserang Di London, Wanita Ini Bengang Netizen Pertikaikan Soal Aurat Pula

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita dimana seorang pelajar perempuan Malaysia yang menuntut di sebuah universiti di London diserang oleh seorang pelajar lelaki yang juga rakan seasramanya dengan menggunakan tukul. Mangsa mengalami beberapa kecederaan di kepala dan lengan.  Dia merupakan satu-satunya pelajar Malaysia tinggal di asrama itu memberitahu, ketika hendak meninggalkan dapur selepas bersarapan, tiba-tiba dia merasakan pukulan kuat di belakang kepalanya lalu rebah.

Advertisement

Kalau dilihat daripada sudut psikologi, insiden seperti ini mampu membuatkan seseorang itu trauma dan sepatutnya masyarakat harus memberikan kata-kata semangat buatnya serta mendoakan keselamatannya.

Namun, perkara yang sebaliknya pula berlaku. Seorang pengguna Twitter tidak dapat menahan lagi rasa bengangnya apabila ada sesetengah netizen mula menyalahkan mangsa berpakaian seksi sebagai punca dia diserang.

Seksi atau tidak bukan persoalannya tapi sikap gila penyerang itu sendiri











Berhenti salahkan mangsa, sepatutnya doakan keselamatannya!

Sumber Berita : Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...