Isu Pekerja Asing Bersesak Dalam 4 Kontena Undang Risiko Kluster Baru

COVID-19

Isu Pekerja Asing Bersesak Dalam 4 Kontena Undang Risiko Kluster Baru

Umum sedia maklum mengenai PKP 2.0 yang masih bersambung sehingga 18 Februari. Pantauan juga giat dijalankan oleh pihak polis untuk membanteras pihak yang gagal mematuhi SOP.

Di Ipoh kini, dilaporkan penemuan empat kontena dimana 11 unit penginapan pekerja asing sebuah kilang kejuruteraan logam di Kawasan Industri Pengkalan 2, Lahat, di sini, yang didiami dalam keadaan bersesak berikutan jumlah penghuni tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

Advertisement

Selain itu, terdapat seunit ‘pondok’ berhampiran yang diperbuat daripada kepingan zink yang menjadi kediaman mereka. Tambahan, empat kontena yang terletak dibelakang kilang itu setiap satunya memuatkan 10 pekerja berbanding enam pekerja yang ditetapkan pada awalnya.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Perak, Muhammad Fauzi Abd Ghani, memberitahu penemuan itu diketahui dalam operasi diketuai jabatannya yang dilakukan bermula jam 10.30 pagi tadi, yang menyebabkan semua unit berkenaan gagal mendapatkan perakuan penginapan daripada jabatan itu.

“Kesesakan kediaman dengan ketidakpatuhan penjarakan sosial terutama pada unit kontena, selain ketiadaan ruang pengaliran udara menyebabkan ketidakselesaan kepada pekerja terbabit”

Sepatutnya, bagi kontena bersaiz biasa, biasanya ia hanya boleh memuatkan enam pekerja dengan mengambil kira jarak kira-kira 3.6 meter antara katil seseorang pekerja. Ini jelas menunjukkan katil mereka yang terlalu rapat.

“Selain tiada penjarakan sosial, tahap kebersihan premis itu juga tidak memuaskan,” katanya pada sidang media sempena operasi itu, hari ini.

Pun begitu, tinjauan di premis penginapan selebihnya mendapati ruang tidur turut dijadikan tempat memasak, selain basikal yang menjadi kenderaan harian warga asing berulang-alik ke tempat kerja turut diletakkan dalam premis terbabit.

Sumber : Kosmo

“Secara keseluruhan, semua unit premis itu tidak mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan iaitu Seksyen 24D(3) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan, dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446)”

Kes tersebut masih lagi didalam kertas siasatan yang akan dibuka dan jika sabit kesalahan, majikan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...