Setelah timbul isu pemasangan bendera Malaysia secara terbalik, ramai netizen yang mempersoalkan pengetahuan asas segelintir rakyat Malaysia.
Walaupun sudah 63 tahun mencapai kemerdekaan, masih lagi ada diantara mereka yang tidak tahu memasang bendera Malaysia dengan betul.
Sehubungan dengan kes itu, 4 individu termasuk warga Bangladesh telah ditahan yang dipercayai terbabit memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik di kilang perabot di Kawasan Perindustrian Tebrau, petang semalam.
“Kesemua suspek diambil keterangan dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
“Mereka turut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, hari ini.
Malaysia sudah merdeka 63 tahun, namun masih ada lagi yang memasang bendera terbalik. Tidak ada tolak ansur. Selepas ini kalau ada lagi, kita (polis) tangkap semua yang bertanggungjawab”
Sumber : Harian Metro