Setelah beberapa bulan kemelut rumah tangga penyanyi veteran, ND Lala dan isteri, Datin Fauziah berlarutan, akhirnya Rabu lalu mereka dilaporkan sudah pun berpisah.
Berita tersebut sememangnya mendapat perhatian susulan mereka berasal dari keluarga yang sudah berada dalam industri seni agak lama dan timbul dakwaan ND Lala ‘buang’ keluarga demi wanita muda tersebut.
Terbaru, anak bongsu ND Lala iaitu Syada Amzah ada membuat hantaran di Instagram Story berkata dirinya keliru jika mahu memberi respon ataupun tidak.
Katanya, jika diri enggan menjawab pertanyaan wartawan, dia akan dilabel sebagai seorang yang sombong tetapi apabila menjawab pula, ada yang kata dia melebih-lebih.
Isu parents, isu kakak itu darah daging kita. Tapi orang luar pulak menentukan kita layak atau tidak layak jawab atau mempertahankan family?
Justeru itu, Syada buntu apabila reaksi orang luar seakan-akan tidak berpuas hati ketika dia mempertahankan keluarganya.
Sebelum ini, Syada Amzah pernah menafikan dakwaan orang ramai bahawa ibunya serta bapa sudah bercerai.