Tular di media sosial semalam apabila seorang pesakit meluahkan rasa tidak puas hati dengan taraf perkhidmatan farmasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sehingga tercetusnya sedikit salah faham dan pergaduhan.
Maklum Pengarah HKL Dr Rohana Johan, salah faham yang timbul itu adalah disebabkan oleh perkhidmatan MyUbat yang tidak dapat dilaksanakan pada ketika itu berikutan kekangan stok bekalan ubat yang terhad, memetik laporan Harian Metro.
Ujar Dr Rohana lagi, perkhidmatan penghantaran ubat-ubatan menerusi aplikasi MyUbat itu adalah melalui pos dan ianya memerlukan pembungkusan dua minggu lebih awal dari tarikh pesakit menerima ubat tersebut.
Jelasnya lagi, perkhidmatan tersebut akan dilaksanakan seperti biasa setelah stok bekalan ubat itu kembali normal.
Semalam, di media sosial Twitter terutamanya muncul pula dakwaan yang mengatakan pesakit tersebut tersalah dengar kenyataan pegawai bertugas sekaligus telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.
Benda fitnah memang cepat viral. Pakcik ni cerita bahagian cantik je, part dia kurang ajar dia sorok.
Made my blood boils as I know the true story. Pegawai yang dia fitnah tu dahla yang paling sesabar manusia.
Boleh tahan melayu islam memfitnah ya. https://t.co/dsPnafMoiW
— umairah ?? (@zainahumairah) January 12, 2022
Dalam pada itu, pihak HKL telah mengenal pasti pegawai terbabit yang terlibat dalam isu komunikasi itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya agar insiden yang sama tidak akan berulang lagi di masa akan datang.
“Pihak HKL akan mengambil tindakan untuk penambahbaikan perkhidmatan di semua kaunter perkhidmatan yang disediakan.” ujarnya.