“Isu Ni Pernah Jadi Pertikaian Sebab Yang Mengganas Tu Dia” – Suami Zahnita Wilson

Trending

“Isu Ni Pernah Jadi Pertikaian Sebab Yang Mengganas Tu Dia” – Suami Zahnita Wilson

Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya suami Zahnita Wilson tampil membuat pengakuan apabila mendakwa dia sebenarnya menjadi mangsa keganasan pelakon dan model itu.

Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor mendakwa tuduhan dia bersikap kasar dan memukul pelakon itu adalah tidak benar sebaliknya dia bertindak mempertahankan diri daripada perlakuan ganas isterinya itu.

Advertisement

zahnita dan suami

Dia turut mendakwa dia terpaksa bertahan dengan sikap pelakon itu yang setiap tahun minta diceraikan sepanjang 20 tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Isu keganasan ni pernah jadi pertikaian sebab yang mengganas itu adalah dia (Zahnita).

 

Dulu dia pernah belajar sukan Muay Thai dan cuba untuk ‘Muay Thaikan’ saya.

 

Sebagai seorang manusia, sudah tentu apabila dia mahu menyerang, kita perlu defensif. Apabila seorang wanita berkelakuan seperti seorang lelaki, apa lelaki itu patut lakukan?

Menurut Mstar, perkara tersebut didedahkan menerusi sidang media tergempar di kediamannya di Kuantan, Pahang pada petang Selasa.

Dia turut memaklumkan pergaduhan tersebut berlaku apabila Zahnita bertindak menyewa sebuah rumah bagi tujuan menjalankan perniagaan makanan yang diusahakan sejak awal tahun 2024 tanpa pengetahuannya.

 

Dia turut mendakwa Zahnita mula mengabaikan kebajikan anak-anak mereka sejak memulakan perniagaan tersebut dan perkara itu membuatkan dia tidak berpuas hati.

Saya dapat tahu dia menyewa kediaman lain berhampiran kawasan rumah kami, apabila saya tanya dia terus melenting serta memarahi saya.

 

Dia kata mahu mempertahankan bisnes dan tak boleh duduk dengan saya sebab saya sering memukulnya.

Abdul Zackery turut memberitahu dia mahu isterinya memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga lebih-lebih lagi anak bongsu mereka iaitu Abd Zayden Ghouse menghidap autisme.

keluarga zahnita

Abdul Zackery menambah, dia tampil membuat penjelasan berhubung isu rumah tangganya ini kerana mahu mempertahankan hak anak-anaknya yang diabaikan oleh Zahnita.

zahnita dapat perintah perlindungan interim
4 weeks ago

"Ia Merupakan Kebebasan Buat Saya Dan Anak-Anak" - Permohonan Perintah Perlindungan Interim Zahnita Diluluskan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...