Isu Nasab: Kanak-Kanak Diselamatkan Dari Rumah Amal GISBH Berisiko Diisytihar Anak ‘Wati Syubhah’

Trending

Isu Nasab: Kanak-Kanak Diselamatkan Dari Rumah Amal GISBH Berisiko Diisytihar Anak ‘Wati Syubhah’

Sebahagian kanak-kanak penghuni rumah amal dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), berdepan risiko diisytihar anak ‘wati syubhah’.

Wati syubhah adalah anak yang lahir daripada persetubuhan tidak sah jika tiada pengakuan nasab yang sahih daripada ibu bapa mereka.

Advertisement

Undang-undang syariah khususnya melalui Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984 menetapkan bahawa, pengiktirafan nasab seseorang anak bergantung kepada status pernikahan ibu dan bapa, kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang.

Jika seorang bapa mengaku seseorang itu anaknya, dia perlu mengemukakan sijil pernikahan yang sah. Jika tiada sijil, dia perlu mendapatkan pengesahan di mahkamah syariah untuk mengesahkan pernikahan tersebut.

HQ GISBH

Katanya lagi, dalam kes kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global itu, ada ibu bapa yang tidak mengenali anak-anak mereka dan itu membuatkan status nasab mereka samar.

Ujarnya, dalam isu ini cabaran paling sukar adalah untuk menentukan status pernikahan ibu bapa mereka termasuk usaha mengemukakan bukti dokumen serta memanggil saksi semasa akad nikah dilakukan.

Mungkin ada saksi, mungkin tiada saksi, atau mungkin saksi sudah meninggal dunia atau tidak dapat dikesan.

Apabila ini berlaku, sesuatu perkahwinan itu boleh dianggap tidak sah, menyebabkan anak tersebut diisytiharkan sebagai anak wati’ syubhah.

rumah amal GISBH

Katanya lagi, kerana inilah penting untuk ibu atau bapanya tampil ke hadapan pihak berkuasa untuk mengakui kesahihan nasab anaknya. Tanpa penentuan status, sukar bagi kanak-kanak itu untuk mendapatkan hak keperluan asasi seperti pendidikan, kesihatan dan kewarganegaraan.

GISBH
3 months ago

Tiada Dokumen Sah Lahir, Nasab Kanak-Kanak GISBH Akan Ditentukan Oleh Mahkamah Syariah Negeri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...