Isu Layanan Jururawat, Linda Rafar Diarah Minta Maaf

Hiburan

Isu Layanan Jururawat, Linda Rafar Diarah Minta Maaf

Susulan kes Linda Rafar yang kurang berpuas hati dengan layanan jururawat, hari ini Delegation of Nurses (DON) menerusi akaun Facebook rasmi mereka menuntut Linda untuk membuat permohonan maaf  dan ganti rugi kepada jururawat dalam tempoh tujuh hari.

Advertisement

Notis tuntutan mahkamah bertarikh 2 Januari yang telah dihantar semalam kepada Linda turut dimuat naik di akaun media sosial tersebut.

Sekiranya Linda gagal melaksanakannya, kes berkenaan akan dilanjutkan menerusi prosiding di mahkamah.

Terdahulu, Linda menerusi Insta Stories di Instagramnya meluahkan rasa bengangnya terhadap layanan buruk diberikan sekumpulan jururawat di hospital di Shah Alam yang enggan membantu menukar cadar ibunya yang terkena najis.

Status itu menjadi viral dan mendapat pelbagai respon daripada netizen. Linda juga mendapat ugutan daripada individu yang tidak dikenali yang mahu meracuni ibunya yang sedang sakit.

Sumber Berita : Delegation of Nurses

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

92 Comments

  1. Nor izah

    January 4, 2019 at 9:00 am

    Hal kecil diperbesarkan. Adik ipar saya, suruh misi cuci kudis kencing manis kaki mok mertua. Misi lambat sangat bertindak, yelah byk kerja. Dia minta kapas dll, terus buat sendiri. Habis cerita. Misi tanya, awok misi juga ke? Adik ipar kata ya. Sebenarnya dia tak kerja pun.

  2. Anonymous

    January 4, 2019 at 8:05 am

    nurse pun jgn la pikir korang ni bagus sgt…mmg la sorang due yg buat taik…tp disebabkan yg sorang due ni la korang sume kene bahanenye…dan kami2 ni sume jd fobia nak ke gh…tp kami tiada pilihan sbb tak mampu nak beli insurans dok hos swasta…so klu dah tau diri tu tak tinggi tahap kesabarannya, lebih baik jgn mintak kije sebagai nurse…nurse ni kije dgn org sakit…org sakit mmg mcm2 kerenah…mungkin dulu mintak kije nurse sbb tiade pilihan…itu sbb kije pun tak ikhlas…kije klu ikhlas confirm perkare2 mcm ni tak kan terjadi…family pulak klu nampak sedare yg sakit tu terabai, mmg la dieorg cpt nak melenting…tp dieorg tak perasan yg dieorg dok gh je…bkn bole nak main arah2 je nurse buat kije…so moral of the story kedue2 belah pihak kene saling tau peranan & tjwab masing2…jgn malu nak minta maaf klu rase diri bersalah & jgn suke nak viralkan perkara mcm ni utk cari publisiti murahan…perkara yg boleh settle jd besar & buat ramai pihak campur tangan…

  3. Smartbird

    January 4, 2019 at 1:50 am

    Kalau lokek duit pada emak atau ayah, ini lah padahnya. Duit yg seharusnya membayar hospital swasta dengan ubat-ubatan dan layanan “premium”, dah nak kena bayar ganti-rugi pada nurse tersebut. It’s “retribution” for u, that’s it. Btw I pun pernah dengar your skandal dulu-dulu cuma simply don’t care as I’m not a fan! So kalau dah berhijab, behave like one true & good muslimah esp to your parents that deserve the best n nothing less.

  4. Nurse Private Yg Classs

    January 4, 2019 at 12:17 am

    You get what you pay!

  5. Anonymous

    January 4, 2019 at 12:12 am

    Sendiri cari penyakit… menjawablah !

Loading...