Isu Lawak “Datuk Beli” Di FFM29, Hans Isaac Maafkan Zizan Razak

Hiburan

Isu Lawak “Datuk Beli” Di FFM29, Hans Isaac Maafkan Zizan Razak

Pasti akan ada kontroversi dan isu yang timbul setiap kali penganjuran Festival Filem Malaysia. Tahun ini, FFM29 telah berlangsung semalam dan Zizan Razak telah dipilih menjadi salah seorang pengacara. Selaku seorang pelawak, Zizan Razak telah membuat sedikit jenaka ketika Hans Isaac dan Eizlan Yusof tampil ke atas pentas selaku penyampai anugerah. Untuk makluman, kedua-dua pelakon ini mempunyai gelaran Datuk.

zizan razak

Advertisement

Zizan Razak sempat membuat lawak mengusik gelaran Datuk kedua-dua pelakon ini kononnya ia telah pun “dibeli”, dan bukannya diperolehi atas pencapaian yang dilakukan. Ternyata lawak tersebut telah membuatkan Hans Isaac agak marah. Malah netizen juga mengecam lawak Zizan kerana ia menjejaskan imej Hans Isaac dan Eizlan Yusof. Malah Hans telah menulis statusnya di Instagram berkenaan “tahap lawak pengacara” pada FFM29.

zizan razak

Congratulations to all the winner tonight at festival film malaysia . But we really need to get our film festival act together . I did not even have a seat ready for me when I arrived as a presenter . Next year will be my 25th year in this industry. Having said that , After 30 over feature film as an actor / director / writer & producer … and winning 3 awards at FFM previously , I don’t think the comment by the FFM host zizan was called for. But guess thats the level of comedy the host had tonight !

zizan razak

Namun begitu sebentar tadi Hans Isaac telah memuatnaik sebuah video yang menyatakan hubungan dengan Zizan Razak sudah kembali pulih. Malah Hans Isaac sudah pun memaafkan Zizan. Kata Hans Isaac:-

Saya dan Zizan sudah berbincang dan dia minta maaf. Saya pun dah maafkan Zizan. Dah berbincang dengan dia. Sekarang ini kita pandang ke depan dengan kerja dan kehidupan. Terima kasih.

Saya rasa kita patut hormat satu sama lain. Ini ialah adat kita. Ada kata-kata agak kasar dalam Instagram saya. Kepada dua pihak, peminat saya dan Zizan, Hormati satu sama lain. Jangan guna kata-kata kasar.

Maaf satu sama lain. Antara kami sudah berbincang dan anda semua pun kena selesaikan

Bukan mudah untuk menjadi seorang pengacara mengendalikan majlis besar seperti FFM29 ini. Sebagai seorang pengacara, memang sudah tugas Zizan untuk menceriakan majlis. Biasalah kadangkala ada lawak spontan yang dikeluarkan dan tidak mengikut skrip. Anggaplah ia sebagai jenaka antara kawan-kawan dan tak perlu terasa hati sangat. Industri hiburan ini pusing sana pusing sini jumpa orang yang sama jugak. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...