Isu Lari Ketika “Disembur Arak” , Khairul Idham Perlu Jaga Batas

Trending

Isu Lari Ketika “Disembur Arak” , Khairul Idham Perlu Jaga Batas

image

Pelumba pertama negara yang merangkul kejuaraan perlumbaan Moto3 di Argentina pada 3 April lepas tampil memberi komen berikutan viral videonya yang dikatakan cuba ‘melarikan diri’ dari semburan arak.
Khairul Idham Pawi, 17, bertegas biarpun menyembur arak adalah tradisi, tapi dia harus menjaga batas.

Advertisement

Saya bukan tidak menghormati acara tradisi sambutan, tapi saya harus jaga batas sebagai orang Islam,

Saya memang elakkan diri daripada terkena semburan minuman keras itu dan ke mana sahaja saya pergi, jati diri sebagai umat Islam tetap berada di tempat teratas,” tegasnya sebagaimana lapor Sinar Online.

Khairul Idham berkata sedemikian sewaktu majlis bertemu media sempena Perlumbaan Motosikal Cubprix di Stadium Negeri Batu Kawan, di sini hari ini

Khairul Idham berkata sedemikian ketika menjawab mengapa beliau tidak kelihatan ketika sambutan kejayaan di podium selepas majlis penyampaian hadiah sewaktu Grand Prix Argentina itu.

Beliau juga berkata dia kini berazam untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata dalam baki perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia musim ini.

Saya akan berusaha lebih gigih untuk mengutip sekurang-kurang satu mata dalam setiap 15 pelumbaan yang akan datang walaupun sasaran penaja hanya 18 mata untuk musim ini,” katanya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

1 Comment

  1. massa

    April 27, 2016 at 5:12 pm

    Alhamdulillah… syukur jangan lupa diri. Dimana pun kedudukan kamu. kenapa dipertikaikan dimana dia, kan kita sudah tahu acara tradisi mereka macam tu perlulah dielak jika bercaggah dengan kehidupan kita sebagai seorang yang berpegang kepada agama kita Islam. bukan melarikan diri menjatuhkan dia dan negeri yang diwakili. kita kena buka maka untuk mempertimbangkan keadaan. sepatutnya bukan dijadi isu atau persoalan yang besar.