Isu Larangan Atlet Israel : IPC Lucut Hak Malaysia Anjur Kejohanan Renang Para Dunia 2019

Trending

Isu Larangan Atlet Israel : IPC Lucut Hak Malaysia Anjur Kejohanan Renang Para Dunia 2019

Susulan keputusan tegas berikutan keputusan kerajaan melarang atlet Israel memasuki negara ini, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) melucutkan hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya diadakan di Kuching, Sarawak pada 29 Julai sehingg 4 Ogos.

Advertisement

Presiden IPC, Andrew Parsons dalam kenyataan yang sama juga menjelaskan bahawa kata putus itu dicapai dalam mesyuarat lembaga pentadbiran IPC yang diadakan di London.

Mesyuarat itu dibuat selepas pihak IPC mendakwa Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Dalam Negeri gagal memberi jaminan diperlukan perenang Para Israel untuk menyertai kejohanan tersebut. Antara jaminan yang mereka minta ialah tiada diskriminasi terhadap atlet serta mendapat peluang bertanding dan juga kebenaran untuk mengibarkan bendera serta menyanyikan lagu kebangsaan Israel.

Bagaimanapun, rata-rata netizen sama sekali tidak kisah dengan penarikkan tersebut dan bangga dengan keputusan serta pendirian Malaysia yang ‘mengharamkan’ atlet Israel masuk ke tanah air. Rakyat Malaysia hanya pedulikan soal kemanusian terhadap saudara Islam di Palestin.





Terdahulu, penegasan kerajaan Malaysia menyebabkan Israel tidak senang dengan keputusan  Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menggelar Perdana Menteri sebagai ‘anti-Semitisme melampau’.  Bagaimanpun, Tun Dr Mahathir dalam satu temubual berkata, langkah itu sejajar dengan pendirian negara yang sememangnya tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. Malah, Malaysia juga mempunyai hak untuk menutup sempadannya kepada sesetengah pihak.

Sumber Berita  : Astro Awani & Paralympic.org

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...