January 25th, 2020

Isu MK daripada kumpulan K-Clique memakai barangan kemas memang cukup hangat diperkatakan netizen. Walaupun sedia maklum adalah haram bagi golongan lelaki memakai emas dalam Islam, dia  tetap “langgar” dan tidak menganggap perkara itu sebagai penghalang untuknya terus memakai perhiasan tersebut.

caprice pu amin

Perkara itu turut mendapat perhatian Pencetus Ummah Amin yang memberikan teguran agak sinis mengenai perkara itu. Tindakan PU Amin nyata membangkitkan rasa bengang penyanyi rap Caprice yang menempelak tindakan pendakwah bebas itu.

Menurut Caprice, isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan semula memandangkan MK sudah pun meminta maaf.

caprice pu amin

“Another useless PU.” – Caprice 

caprice pu amin

MK sudah minta maaf

Tidak dinafikan ramai yang marah dan mengecam MK selepas mengeluarkan kenyataan yang disifatkan agak keterlaluan apabila mendakwa dirinya memang sengaja “langgar” hukum agama demi minatnya yang suka memakai barang kemas.

Bagaimanapun, MK menyedari apa yang dikatakan itu salah dan  sudah tampil memohon maaf secara terbuka  atas  keterlanjuran katanya itu. Malah, video permohonan maaf itu di muat naik di akaun Instagram Caprice.

Terdahulu, dia tidak mahu menjadi hipokrit disebabkan minatnya terhadap emas. Netizen tidak perlu menghukum dirinya kerana apa yang dilakukannya itu adalah dosa peribadi yang bakal ditanggung olehnya sendiri.

22 responses to “Isu ‘Langgar’ Pakai Emas, Caprice Bengang PU Amin Buat Teguran Sinis Kepada MK K-Clique”

  1. Jemah tersepit says:

    Aku jarang sgt2 nak komen tp bila tgk si caprice ni aku rasa dia yg over. Kalau ada isu apa2 mcm dia je boleh komen..bg pendapat n hentam org tp org lain xboleh buat mcm tu. For me selagi x mention nama sape2 xpayah sentap sgt. Over doe!

  2. sheila ohlalala says:

    aq perati je dia ni…cakap pndaii…depan mira filzah dok mengeletis werkkkk hahahah

  3. Ratu Lada says:

    Ratu cuma nak komen… MK ni satu fenomena bah… ramai follower dia anak muda yang mentah.. apa sahaja idola (Si MK) buat, mesti anak buahnya mau ikut…
    Wahai MK ku sayang…
    Tinggalkan la emas tu… bagi kat Ratu..
    MK gi cari silver k…
    Silver pun mahal juga…

    Lots of Love,
    Ratu Lada…

  4. Anonymous says:

    dah buat salah kena la tanggung akibatnya, terlajak kata. tu lain kali jgn main bercakap ja, BBNU ni kalau bukak mulut mmg hancur…kosong.

  5. Anonymous says:

    apa sgt la teguran PU tu cap. ko tak tgk lagi TEGURAN Allah…budak2 sekarang skrg mcm cap ni aku tak tau la apa nak jd. memalukan agama & org Islam jer la. dah terang2 salah ko lagi mau back up. ni contoh org jahil. cap..apa kata ko p belajar agama, biar setanding dgn PU amin pastu boleh la korang berdua buat debate live kat TV. nak lawan biar setara bro….jgn nampak bodoh piang orang utara ckp.PU amin, lain kali p umrah tlg la doa budak cap ni…moga2 dia terima hidayah & gunakan kelantangan dia dalam menegakkan agama atau paling tidak pon memperjuangkan tulisan jawi.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini