January 25th, 2020

Isu MK daripada kumpulan K-Clique memakai barangan kemas memang cukup hangat diperkatakan netizen. Walaupun sedia maklum adalah haram bagi golongan lelaki memakai emas dalam Islam, dia  tetap “langgar” dan tidak menganggap perkara itu sebagai penghalang untuknya terus memakai perhiasan tersebut.

caprice pu amin

Perkara itu turut mendapat perhatian Pencetus Ummah Amin yang memberikan teguran agak sinis mengenai perkara itu. Tindakan PU Amin nyata membangkitkan rasa bengang penyanyi rap Caprice yang menempelak tindakan pendakwah bebas itu.

Menurut Caprice, isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan semula memandangkan MK sudah pun meminta maaf.

caprice pu amin

“Another useless PU.” – Caprice 

caprice pu amin

MK sudah minta maaf

Tidak dinafikan ramai yang marah dan mengecam MK selepas mengeluarkan kenyataan yang disifatkan agak keterlaluan apabila mendakwa dirinya memang sengaja “langgar” hukum agama demi minatnya yang suka memakai barang kemas.

Bagaimanapun, MK menyedari apa yang dikatakan itu salah dan  sudah tampil memohon maaf secara terbuka  atas  keterlanjuran katanya itu. Malah, video permohonan maaf itu di muat naik di akaun Instagram Caprice.

Terdahulu, dia tidak mahu menjadi hipokrit disebabkan minatnya terhadap emas. Netizen tidak perlu menghukum dirinya kerana apa yang dilakukannya itu adalah dosa peribadi yang bakal ditanggung olehnya sendiri.

22 responses to “Isu ‘Langgar’ Pakai Emas, Caprice Bengang PU Amin Buat Teguran Sinis Kepada MK K-Clique”

  1. Anonymous says:

    caprice mmg YB pun (Yang Botak).. Kalau nak masuk politik, jiwa kena kental, boleh terima kritikan dan teguran untuk kebaikan, tak mudah sentap.. dia kena improve part tu.. yg lebih penting kena byk belajar dan tambah ilmu lagi ya bro cap..

  2. Ratu Pinggiran says:

    Saya suka baca pasal Caprice. Boleh jadi contoh bagi anak2 muda. Masuk politik? Why not.. .we need young blood. You got the qualities. Vocal, eloquent..

  3. ikan says:

    poyo la caprice ni. ada je benda nak komen pun. ko ingat ustad tu pun dok telek ig kau? dok telek ig mk? yang sampai dia uptodate sangat sapa dah mintak maap sapa belum? kau diam boleh tak caprice? semak betul la kau ni.

  4. minah jambu lov tv terlajak laris best.. says:

    kalau dh tau benda tu haram pakai emas untok lelaki tapi kalau dorang nak pakai ha pakai lah walau pon dorang tau haram pakai emas …pakai tudung baju ketat tetek goyang2 gelek2 bontot tak haram pulak..nampak rambut kate tk tutop aurat bila dh pakai tudung pakaian nampak potongan badan okkkkkkk je..pakai rantai emas yg dia sebok kan ..

  5. Ann says:

    Cap ni tak perlu kot ulas benda2 mcm tu.. Tambah api dlm sekam.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini