Nampaknya isu aksi gadis Melayu dipeluk dan dicium oleh kumpulan Kpop B1A4 turut sama mendapat perhatian penyanyi nombor 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza. Selaku seorang penyanyi yang amat popular, pastinya beliau kadangkala turut sama menghadapi situasi yang lebih kurang serupa. Iyerlah, peminat ini macam-macam ragam. Ada yang bila berjumpa nak berpeluk, cium pipi dan sebagainya. Namun sebagai seorang Islam, Datuk Siti Nurhaliza memaklumkan yang dia sentiasa menjaga batas lebih-lebih lagi dengan peminat lelaki.
Kata Datuk Siti Nurhaliza:-
Saya terkejut dengan perkara ini, tak salah meminati tetapi peminat harus peka dengan batas-batas sebagai seorang Islam bila bertemu artis pujaan.
Sepatutnya penganjur perlu awasi sensitiviti di negara ini. Ada budaya dan batas yang perlu mereka ambil tahu lebih-lebih lagi menganjurkan aktiviti pentas yang membabitkan peminat bertudung. Penganjur perlu terangkan kepada artis anjuran mereka, lebih-lebih lagi dari luar negara.
Saya faham, memang saya sendiri pernah bertemu peminat yang sangat obses dengan saya. Ada yang sampai menggigil dan menggeletar. Cuma sebagai artis, saya sendiri akan menjaga batas lebih-lebih lagi melibatkan peminat lelaki
Apa pun Abang Nara agak kecewa dengan reaksi melampau sesetengah pihak mengenai isu ini. Ada yang terus melabelkan Kpop sebagai haram, lebih teruk daripada memeluk anjing, gerakan Kristian dan sebagainya. Janganlah isu sebegini diambil kesempatan untuk mempopularkan diri sendiri sedangkan apa yang ditayangkan di televisyen kita pun lebih kurang juga pengisiannya. Malah ada yang lebih teruk lagi. Mentang-mentanglah ini berkaitan dengan artis luar, terus condemn habis-habisan. Yang artis tempatan senyap tak bersuara. Tak adil bukan? Sumber Astro Awani.