Isu Kehadiran Psy, Zed Zaidi Mahu Artis Tempatan Diberi Peluang Dahulu

Hiburan

Isu Kehadiran Psy, Zed Zaidi Mahu Artis Tempatan Diberi Peluang Dahulu

Sebenarnya isu kehadiran Psy ke Malaysia bukan sahaja menjadi topik hangat di kalangan pemerhati politik tetapi turut sama memberi tempias yang sangat kuat terhadap artis-artis tempatan. Presiden Seniman, Zed Zaidi turut meluahkan pendapatnya menerusi Twitter.

zed zaidi psy

Advertisement

Sebenarnya bagi Abang Nara, kehadiran Psy dengan bayaran yang begitu lumayan seharusnya dijadikan satu cabaran bagi artis-artis Malaysia. Secara jujur, Abang Nara tak nampak mana-mana artis yang mempunyai populariti sehebat Psy. Bukanlah mahu memuji Psy, namun kita harus melihat mengapa pihak penganjur lebih berminat untuk membawa artis luar berbanding menggunakan artis tempatan.

psy malaysia

Daripada dulu lagi Abang Nara perhatikan, sekiranya ada event besar, artis-artis luar daripada Korea, USA dan UK akan dijemput untuk memeriahkan majlis. Yang terbaru, kumpulan rock Gun N Roses akan mengadakan persembahan bersempena dengan perlumbaan F1 di Litar Sepang. Ini semua berlaku kerana populariti artis tempatan tidak menyeluruh dan hanya mampu menarik segelintir penonton sahaja.

yuna

Seharusnya lebih banyak artis tempatan mengambil inisiatif untuk menjadi popular di arena antarabangsa seperti yang dilakukan oleh Yuna dan Shila Amzah. Kena berani mencuba untuk mencari apakah X faktor yang membolehkan artis-artis negara lain (seperti Korea) begitu digilai seantero dunia. Barulah selepas itu lebih banyak tawaran lumayan akan masuk ke dalam poket artis tempatan.

shila zed

Kalau ditanya kepada pihak penganjur pun, pastinya mereka mahukan persembahan yang mampu memberikan pulangan setimpal dengan pelaburan mereka. Kepada artis tempatan, jadikanlah ini sebagai satu cabaran buat anda untuk terus memajukan diri dan tidak sekadar berpuas hati di takuk sekarang ini.

P.S: Iklan Petronas sempena Tahun Baru Cina 2013

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...