Angin tiada ribut tiada, kecoh di sebuah suratkhabar menyatakan yang Jimmy Shanley sudah pun berkahwin dengan seorang janda. Terkejut semua orang dibuatnya. Betulkah? Sekadar gosipkah? Atau si penulis mendapat info yang salah?
Nasib baiklah tuan punya badan tidak melatah dan bersikap tenang menghadapi berita ini. Berkata kepada Media Hiburan, Jimmy memaklumkan yang dia bakal mengadakan satu sidang media untuk menjelaskan perkara ini. Kata Jimmy:-
Setakat ini saya tidak mahu membuka cerita mengenai isu kahwin ini kerana kes saya masih lagi berjalan di Mahkamah Syariah. Untuk berlaku adil pada semua, saya akan mengadakan satu sidang media khas untuk bercerita lanjut mengenainya
Secara jujur, Abang Nara tak rasa Jimmy sudah berkahwin. Boleh jadi si penulis tersilap orang. Apa-apa pun, kita nantikan kenyataan yang bakal dikeluarkan oleh Jimmy menerusi sidang medianya kelak. Semoga sidang media tersebut dapat dilakukan secepat mungkin untuk meleraikan kekusutan ini.
P.S: Wow. Memang jelita dan menawan sungguh Vanida Imran ini. Agak-agaknya apa rahsia Vanida ye? Klik sini untuk mengetahui rahsia di sebalik kecantikan Vanida Imran.