Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Isu Jerawat Batu Buat Hafreez Adam Kecil Hati : Tidak Keluar Rumah Beberapa Hari

Dek kerana berkongsi kisah jerawat batunya kepada umum sebelum ini dan disiarkan di akhbar tempatan, pelakon Hafreez Adam yang popular menerusi drama Tersuka Tanpa Sengaja  meluahkan rasa kesal terhadap mereka yang mengkritik beliau tanpa membaca sepenuhnya artikel yang disiarkan itu.

Advertisement

Saya lihat ia sebagai salah faham yang tidak sepatutnya berlaku sekiranya pihak mengkritik saya membaca terlebih dahulu artikel berkenaan keseluruhannya.

Pada satu tahap saya kesal dan kecil hati dengan kata-kata dilemparkan kepada saya sehingga saya tidak berani keluar rumah selama beberapa hari.

Niat Hafreez untuk berkongsi kisah lalunya itu adalah untuk memberikan semangat serta motivasi untuk membantu orang lain yang menghadapi masalah yang sama diluar sana, untuk mengembalikan keyakinan diri mereka.

Perkara itu sudah lama berlalu dan saya sekadar berkongsi pengalaman kerana ia mungkin dapat membantu orang lain yang mengalami masalah sama seperti saya.

Tetapi niat saya itu sudah disalah erti sehingga sanggup memalukan saya dengan pelbagai kata negatif di laman sosial.

Manusia itu suka menghukum dan mengkritik tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Sabarlah Hafreez, apa yang penting niat anda itu murni. Pedulikan sahaja apa orang lain nak cakap.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top