Dek kerana berkongsi kisah jerawat batunya kepada umum sebelum ini dan disiarkan di akhbar tempatan, pelakon Hafreez Adam yang popular menerusi drama Tersuka Tanpa Sengaja meluahkan rasa kesal terhadap mereka yang mengkritik beliau tanpa membaca sepenuhnya artikel yang disiarkan itu.
Saya lihat ia sebagai salah faham yang tidak sepatutnya berlaku sekiranya pihak mengkritik saya membaca terlebih dahulu artikel berkenaan keseluruhannya.
Pada satu tahap saya kesal dan kecil hati dengan kata-kata dilemparkan kepada saya sehingga saya tidak berani keluar rumah selama beberapa hari.
Niat Hafreez untuk berkongsi kisah lalunya itu adalah untuk memberikan semangat serta motivasi untuk membantu orang lain yang menghadapi masalah yang sama diluar sana, untuk mengembalikan keyakinan diri mereka.
Perkara itu sudah lama berlalu dan saya sekadar berkongsi pengalaman kerana ia mungkin dapat membantu orang lain yang mengalami masalah sama seperti saya.
Tetapi niat saya itu sudah disalah erti sehingga sanggup memalukan saya dengan pelbagai kata negatif di laman sosial.
Manusia itu suka menghukum dan mengkritik tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Sabarlah Hafreez, apa yang penting niat anda itu murni. Pedulikan sahaja apa orang lain nak cakap.