February 24th, 2016

Baru-baru ini aktres Sharifah Sakinah telah dikecam oleh orang ramai apabila bersikap tidak sopan dan menghormati tanah suci Mekah dengan bergambar menjelirkan lidah ketika mengerjakan umrah bersama suaminya.

Menyedari ia satu isu yang membuatkan peminatnya bertelagah dan sudah menjadi viral, Sakinah menerusi portal Kosmo Online telah tampil meminta maaf dan berharap isu ini tidak berpanjangan.

Beginilah, sebenarnya saya tidak mahu hal itu dipanjangkan lagi. Kalau apa yang saya lakukan itu membuat peminat bergaduh di laman sosial, saya betul-betul minta maaf. Saya tidak mahu disebabkan saya, orang bergaduh atau memaki hamun tidak tentu pasal.

Bagi saya senang sahaja, apabila saya buat salah, saya minta maaf dan tidak mahu menyimpan dendam dengan orang lain. Jadi saya salahkan diri sendiri di atas kejahilan atau kesalahan saya.

Ada juga berpendapat bahawa sikap Sakinah masih lagi sama meskipun beliau baru sahaja pulang daripada Mekah.  Namun, Sakinah tidak mahu ambil pusing mengenai kritikan terhadap dirinya dan akan berubah secara perlahan-lahan.

Biarlah, mulut orang mahu cakap. Biarkan sahaja. Apa yang telah saya lakukan tidak kiralah perkara baik atau buruk, itu antara saya dengan Tuhan. Saya harap perubahan positif dalam diri saya sebagai seorang muslimah berlaku perlahan-lahan, Insya-Allah.

Bagi saya, apa yang penting adalah dalaman kita, bukan hanya fizikal luaran. Namun, saya sentiasa berdoa agar menjadi lebih baik berbanding hari semalam.

Bak kata orang zaman sekarang, tidak semestinya mereka yang  tidak menutup aurat dan pada luarannya tampak “liar” itu jahat. Apa yang penting adalah hati mereka. Kita doakan sahaja agar Sharifah Sakinah dapat berubah ke arah yang lebih positif tanpa paksaan secara perlahan-lahan. InshaAllah.

Sumber Berita : Kosmo Online

 

 

 


Comments are closed.

Loading...