Belum lagi reda isu kesilapan pada bendera kebangsaan, kini Malaysia Basketball Association sekali lagi menimbulkan kemarahan dengan isu bendera negeri Perak pula. Sebelum ini, mereka sudah membuat permohonan maaf di atas kesilapan pada Jalur Gemilang itu.
Baca: Tayang Jalur Gemilang Lima Bucu, Persatuan Bola Keranjang Malaysia Mohon Maaf
Kini kecoh pula apabila terdapat kesilapan pada bendera di jersi salah seorang pemain dimana bendera negeri Perak dilihat terbalik tidak seperti yang sepatutnya. Walaupun gambar tersebut telah dipadam dari Facebook MBA, namun gambar tersebut telah tersebar di media sosial.


Hanya satu jersi terbalik
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How memberitahu kesilapan itu hanya pada satu jersi pemain sahaja. Kalau dilihatkan, hanya seorang pemain iaitu pemain berjersi nombor 10 ini sahaja yang mempunyai bendera terbalik.
Kesilapan ini berlaku kerana kesalahan daripada syarikat pembekal itu sendiri.

Kredit: Twitter
Artikel berkaitan: “Budak 5 Tahun Pun Tahu Bendera Malaysia”, Syed Saddiq Tak Terima Alasan Tersilap Bendera