“Isu Ini Berkaitan Dengan Masalah Rumah Tangga..” – Nafi Seleweng Duit Hampir 2 Juta, Suami BCL Dakwa Bekas Isteri Belum ‘Move On’

Hiburan

“Isu Ini Berkaitan Dengan Masalah Rumah Tangga..” – Nafi Seleweng Duit Hampir 2 Juta, Suami BCL Dakwa Bekas Isteri Belum ‘Move On’

Baru-baru ini, orang ramai dikejutkan dengan berita suami kepada penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari iaitu Tiko Aryawardhana yang didakwa telah menyeleweng duit syarikat berjumlah RM1.7 juta. Terkini, Tiko akhirnya membuka mulut bagi menjawab tentang dakwaan tersebut.

Bekas isteri belum move on

Menurut peguam kepada Tiko, Irfan Aghasar, anak guamnya itu melihat kes yang dilaporkan oleh bekas isterinya, Arina itu berpunca daripada Arina yang masih belum move on daripada penceraian mereka.

Advertisement

Mungkin isu ini berkaitan dengan masalah rumah tangga yang belum selesai meski mereka sudah bercerai.

 

Saya boleh katakan dia (Arina), gagal move on. Urusan peribadi seharusnya diselesaikan secara baik, tak perlu seperti ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiko Aryawardhana (@tikoaryawardhana)

Tidak tahu tentang audit

Tambahan pula, peguam yang mewakili suami kepada penyanyi itu turut mendedahkan laporan yang mengatakan Tiko telah menggelapkan duit syarikat sebanyak RM1.7 juta itu adalah tidak tepat dan Tiko sendiri tidak tahu tentang audit yang dilakukan oleh Arina sebelum ini.

Dari segi laporan tentang penyelewengan duit sehingga RM1.7 juta, selepas memeriksa dengan pihak polis, jumlah yang dinyatakan tidak sampai begitu. Jadi angka yang disebut juga sudah keliru dengan laporan polis yang dibuat.

 

Dan klien saya tidak pernah tahu mengenai audit yang dilakukan. Jika ada sila kemukakan. Malah pihak klien minta agar kelak jika kes ini dibicarakan secara terbuka supaya jelas terbukti semua perkara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiko Aryawardhana (@tikoaryawardhana)

Terdahulu, Arina telah mendakwa bekas suaminya telah ‘songlap’ duit syarikat tanpa pengetahuannya semasa Tiko memegang jawatan sebagai pengarah syarikat yang diusahakan mereka berdua.

bcl
5 months ago

Suami Bunga Citra Lestari Disyaki Seleweng Wang Milik Syarikat Bersama Bekas Isteri Berjumlah RM1.7 Juta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...