Isu Hutang RM4.65 Juta, Fazura Akhirnya Buka Mulut – “Saya Adalah Diri Saya, Syarikat Itu Entiti Yang Lain”

Hiburan

Isu Hutang RM4.65 Juta, Fazura Akhirnya Buka Mulut – “Saya Adalah Diri Saya, Syarikat Itu Entiti Yang Lain”

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura memilih untuk tidak memberikan penjelasan lanjut berhubung dakwaan isu hutang melibatkan syarikat pembekal tudung bernilai RM4.65 juta yang tular baru-baru ini.

Menurut Fazura, beliau telah menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada pasukan peguam untuk ditangani secara profesional mengikut saluran undang-undang.

Advertisement

Saya rasa, tak perlu saya jelaskan lebih-lebih. Sebab kalau pun saya jelaskan, belum tentu orang akan faham. Jadi, cukup sekadar memahami bahawa saya adalah diri saya, dan syarikat itu entiti berasingan.

Perkara ini juga adalah sulit. Saya tak perlu nak perjelaskan dan saya rasa memang tak perlu pun. Sebenarnya, banyak pihak di luar sana membuat spekulasi, dan mungkin juga ada yang menabur fitnah di merata tempat.

Fazura berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan eksklusif muzik video lagu baharunya Luar Biasa, hasil kolaborasi bersama Ade Govinda, yang berlangsung di Aurum, TRX pada Jumaat.

Ditanya sama ada kontroversi tersebut memberi kesan terhadap imej dan perniagaannya, Fazura tidak menafikan hal itu, namun lebih memilih untuk kekal positif dan tenang dalam menghadapinya.

Lapan bulan kebelakangan ini, macam-macam yang saya lalui. Jadi, kalau ditanya sama ada saya terkesan, sudah tentu sedikit sebanyak saya rasa juga. Saya pun manusia biasa yang ada perasaan. Tapi saya faham, itu adalah perkara biasa dalam dunia perniagaan.

Tambah Fazura, demi menjaga kesihatan mental dan kesejahteraan diri, beliau memilih untuk tidak membaca sebarang komen negatif di media sosial.

Sejujurnya, saya memang tak baca media sosial, tak tengok TikTok. Tapi sekarang saya ada tengok Threads.

“Alhamdulillah, semuanya bermula daripada peminat juga. Orang tag di Threads, jadi saya masuk, katanya sambil tersenyum.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

emy dituduh lupa diri
23 mins ago

“Baru 8 Bulan Cerai, Dah Kahwin Baru?” – Pempengaruh Dikecam Lupa Diri & Jasa Isteri Lama Lepas Popular

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...