Isu Hampir Bertumbuk : Fattah Amin Sudah Maafkan Aman Nassim

Hiburan

Isu Hampir Bertumbuk : Fattah Amin Sudah Maafkan Aman Nassim

Sebelum ini timbul satu kes dimana Fattah Amin hampir bertumbuk dengan aktor baharu Aman Nassim kerana mulut celupar beliau, yang bertanya soalan yang agak sensitif berkaitan Fattah dan Sherry sedangkan mereka berdua tidak rapat.

Advertisement

Tidak mahu memanjangkan lagi isu berkenaan, Fattah yang ditemui pihak media baru-baru ini memberitahu beliau menganggap ia sebagai satu pengajaran buat Aman.

Kes itu sudah selesai dan dia pun sudah memohon maaf dengan saya, saya faham dia manusia biasa dan kadang-kadang terlepas cakap secara tidak sengaja.

Ia bukan kerana saya yang bersikap tidak boleh bergurau, cuma dia mecelah pada masa yang tidak sesuai.

Dalam perkembangan lain, Fattah kini sedang sibuk untuk melakukan persiapan untuk membintangi filem pertama beliau yang bakal diterbitkan oleh Skop Productions dan diarahkan oleh Syafiq Yusof.

Saya berehat daripada penggambaran drama untuk persiapan filem pertama saya arahan Shafik Yusof yang bakal bermula Mei ini.

Saya cuba bina dan tambah berat badan untuk watak dalam filem ini. Selain itu filem bergenre aksi memerlukan saya untuk membuat latihan asas mempertahankan diri.

Harap perkara ini menjadi pelajaran buat Aman Nassim, kalau hendak bergurau kena lihat keadaannya dahulu. Bagaimanapun, beliau dan Fattah pasti akan bertemu juga dalam mana-mana majlis dan tidak elok kalau terus bermasam muka bukan?

Sumber Berita : mStar Online

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...