Isu GISBH: Sebahagian Kanak-Kanak Yang Diselamatkan Di ‘Bin’ Kan Abdullah

Berita

Isu GISBH: Sebahagian Kanak-Kanak Yang Diselamatkan Di ‘Bin’ Kan Abdullah

Difahamkan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenal pasti sebahagian ibu bapa daripada 329 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal kendalian syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Isu GISBH

Advertisement

Kebanyakan di ‘bin’ kan Abdullah

Menurut Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Razarudin Husain, bagaimanapun kesemua individu masih belum tampil bagi memberi keterangan.

Kita (polis) mendapati mereka ini kemungkinan tidak tahu anak mereka sudah diselamatkan polis. Mungkin juga mereka ini tidak tampil kerana sebelum ini (pihak pengurusan) GISBH mengaku mereka ini anak yatim.

Ketua polis negara

Dalam pada itu, siasatan juga mendapati sebahagian kanak-kanak sudah di ‘bin’ kan dengan nama Abdullah disebabkan perkahwinan awal tidak berdaftar dan apabila sudah hamil, baru didaftar di Pejabat Agama Islam Negeri mengikut peruntukan undang-undang.

Barangkali adik beradik

Tambahannya lagi, pihak mereka tidak menolak kemungkinan antara kanak-kanak yang diselamatkan merupakan adik beradik.

Sekadar info, mangsa terdiri 201 kanak-kanak serta remaja lelaki dan seramai 201 remaja perempuan disyaki menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.

GISBH
3 months ago

Isu GISBH: Siasatan Dapati 13 Penghuni Bawah 18 Tahun Jadi Mangsa Liwat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...