January 15th, 2012

Berhubung pemakaian gaun remaja oleh Rozita Che Wan di majlis ulangtahun kelahiran pelakon Ryzal Jaafar di sebuah kelab, Ci Ta telah memberikan maklumbalas kepada Harian Metro. Beliau meminta maaf tetapi menyatakan yang dia hanya mengikut trend dan tema yang ditetapkan di majlis tersebut:-

Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa.

Tambah Cik Ta, bukan dia seorang berpakaian begitu malam itu. Katanya, dia hanya mengikut tema K-Pop diberikan penganjur majlis, malah semua yang hadir berpakaian mengikut tema yang sama.

Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.

Sebenarnya kami tertanya-tanya adakah definisi pakaian sopan bagi Rozita bermaksud “baju kurung’. Rasanya banyak baju kasual lain yang sopan dan bersesuaian dengan usia beliau, misalnya berseluar panjang atau berskirt labuh sedikit. Dia berkata lanjut:-

Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?.

Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya.

Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.

Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet.

Buat pengetahuan anda, Cik Ta juga pernah dikritik sebelum ini kerana memakai skirt pendek sewaktu menonton persembahan Akademi Fantasia ke-8 (AF8).

Kesudahannya, apa-apa sajalah Cik Ta.


314 responses to “Isu Gaun Remaja Rozita Che Wan – Saya Hanya Ikut Trend Dan Tema”

  1. Thanks for some other informative web site. The place else may
    I am getting that kind of information written in such
    an ideal means? I have a mission that I am just now running on, and I’ve been at the look out for such information.

  2. pandora's box says:

    mizz rozita, you give us single mommies a bad name..we have worked so hard in trying to portray a wholesome and positive image of ourselves to the and then you spoil it all by behaving like this. and then you further insult us by coming up with a terribly idiotic response. shame on you!! when your fans speak, listen to them. you are where you are because of your fans. so when they tell you to behave appropriately, do so. don’t just dismiss them as haters..

  3. shahirTA says:

    Utk pngetahuan che ta,aku mnjmput dtg ke majlis birthday anak buah aku..pkaiannya tema badut….ingat che ta…ikut tema tau…aku nak kau pkai BADUT…Klu ko leh ikut tema KPOP pkai lak tema badut…wakaka….memang tua tak sedar diri……..

  4. krie says:

    Dah berumur tak kan tak tahu yg mana baik dan yg mana tak baik, yg mana boleh dan yg mana tak boleh. Selaku ibu, sepatutnya tak berlaku, cuba bayangkan jika anak mengikut apa yg dibuat oleh ibunya, salah sapa agaknya? Klau majlis tu bertema ala seks cam ne plak cara pakaian yg nak pakai….Jd fikir2lah, jgn sampai org lain memandang aib pd diri sendiri.

Loading...