Isu foto selfie separuh bogel yang didakwa milik Tasha Shila telah mencetuskan kontroversi dan spekulasi liar sekitar minggu lepas. Malah, peminat Tasha telah bergaduh menegakkan pendapat masing-masing berhubung perkara tersebut. Namun, sehingga kini Tasha masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara yang sudah menjadi viral ini dan mencalarkan reputasi beliau sebagai seorang artis.
Berhubung perkara tersebut, penyanyi rock Ella yang pernah melalui perkara yang sama bersama kakaknya Jojie apabila  satu video kelakuan sumbang kononnya dilakukan di atas kapal dikatakan milik mereka berdua tersebar pada tahun 2007, memberikan nasihat agar Tasha membuat laporan polis dengan kadar segera agar perkara ini tidak berlarutan.
Benda itu sangat mengaibkan. Kalau benda itu salah, buat saja laporan polis kerana itu jalan yang terbaik. Tasha jangan risau kalau betul gambar itu satu fitnah. Saya percaya awak akan menerima ganjaran yang lebih besar dari itu.
Jojie pada masa yang sama juga berharap agar Tasha menghadapi dugaan tersebut dengan tabah dan tidak perlu merasa risau jika foto selfie separuh bogel itu bukan miliknya.
Atas tindakan Ella dan Jojie membuat laporan polis terhadap detik hitam yang pernah membabitkan nama mereka itu, pihak polis akhirnya dapat mengenalpasti individu disebalik fitnah tersebut dan menahan suspek atas kesalahan yang dilakukannya.
Tasha tabahkan hati dan jika gambar itu bukan milik awak, tidak perlu risau serta banyakkan doa kepada Allah. Dulu kami ada buat laporan polis dan mereka cari sampai ke lubang cacing. Polis berjaya menahan individu terbabit tetapi kami tidak mahu sebarkan kerana akan mengaibkan dia pula. Hanya Allah yang dapat membalas.
Nasihat Ella dan Jojie itu ada betulnya, jika Tasha Shila terus menyepikan diri dan enggan melakukan sebarang tindakan atas isu ini pasti ia akan terus berpanjangan. Kalau diri anda tidak salah terus laporkan pada pihak polis tidak perlu lagi tunggu lama-lama.