Baru-baru ini foto Mawar Rashid berpelukan bersama kekasihnya di atas katil telah tersebar di laman sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat. Â Tidak pernah lekang dengan kontroversi sejak menyertai program Dewi Remaja, Mawar dalam satu kenyataan kepada Berita Harian berkata beliau adalah mangsa perbuatan sesetengah pihak yang ingin mencalarkan imejnya.
Tidak dinafikan ada pihak yang pihak yang mengambil gambar lama saya dan menggunakannya untuk menjatuhkan saya. Namun saya enggan menuding jari kepada mereka. Ini salah saya sendiri kerana tidak mengambil langkah berjaga-jaga sebelum memilih untuk bergerak aktif dalam bidang seni.
Bagi saya, setiap orang mempunyai kisah silam dan sejarah hitam sendiri. Namun janganlah ia digunakan untuk menjatuhkan individu tersebut.
Belum lagi setahun jagung dalam industri hiburan tanah air, Mawar kini akan lebih berhati-hati ketika ingin berkongsi sesuatu ke media sosial kerana tidak mahu lagi terpalit dengan gosip mahupun kontroversi dan enggan masyarakat serta peminat memandang beliau dari sudut negatif.
Banyak lagi perkara yang Mawar harus pelajari untuk tidak terus menjadi bahan kontroversi dan masyarakat menganggap anda sebagai “bimboâ€.