Beberapa hari lalu timbul sedikit kekecohan di media sosial apabila ada segelintir netizen yang mengkritik Joy Revfa iaitu isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun kerana memuat naik foto promosi produk yang dianggap seksi dan tidak bersesuaian dengan imej beliau sebagai seorang wanita berhijab.
Isu tersebut menjadi lebih panas apabila sebuah portal akhbar tempatan mengeluarkan kenyataan temubual Hafiz dimana beliau mengatakan sudah disekat daripada mengikuti akaun Instagram Joy dan tidak menyedari foto itu dimuat naik oleh isterinya.
Walaubagaimanapun, menurut Joy, isu Hafiz disekat daripada Instagram cuma satu salah faham sahaja. Pada masa yang sama, Joy turut tampil memohon maaf atas tindakan beliau yang memuat naik foto tersebut bagi tujuan untuk mempromosikan produknya.
Sebenarnya berlaku sedikit kekeliruan, itu saja. Buat masa ini saya tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut bagi menjaga rumah tangga. Gambar yang saya kongsi itu berada di papan iklan untuk promosi produk Merve sejak awal tahun ini, iaitu sebelum mendirikan rumah tangga dengan Hafiz. Bahagian dada saya pula sudah dipotong supaya tidak menonjol.
Kontroversi timbul apabila netizen melihat gambar itu dalam bentuk penuh. Apa pun saya memohon maaf atas kekhilafan memuat naik gambar terbabit untuk tujuan promosi produk di Instagram. Gambar berkenaan sudah saya padamkan dan berharap perkara terbabit tidak lagi dipanjangkan.
Tidak mengapalah, harap apa yang berlaku dapat dijadikan pengajaran agar ia tidak berulang lagi. Kadang-kadang manusia ini memang ada melakukan kesilapan dalam mempromosikan produk mereka.