June 15th, 2017

Sekitar bulan lepas, beberapa keping foto pelakon Zul Ariffin berseluar pendek mendapat perhatian netizen. Malah, ia turut mengundang beberapa komen lucah. Berikutan hal tersebut, ramai yang mendakwa Zul tidak menjaga sensitiviti masyarkat Malaysia dan sengaja untuk menayangkan auratnya.

Terbaru menerusi video di mStar Online, Zul mengakui beliau terlepas pandang dan memohon maaf atas perkara tersebut.

Gambar itu tidak sengaja, saya memang selesa berseluar pendek. Saya akui saya terlepas pandang hal tersebut, saya minta maaf saya tahu benda itu melibatkan aurat dan saya tidak berniat untuk menayang aurat saya. Tapi saya tidak akan padam gambar tersebut kerana ia kenangan ketika saya bercuti, saya suka gambar itu. Walaubagaimanapun, saya berterima kasih kerana menegur saya dan saya tidak akan terlepas pandang lagi perkara seperti ini. Saya tahu dosa dan pahala.

Zul pun sudah memberikan penjelasan dan memohon maaf sekiranya ada pihak yang kurang selesa dengan foto beliau berseluar pendek. Harapnya ia tidak lagi mencetuskan sebarang kritikan. Biasalah, kita tidak boleh puaskan hati semua orang.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...