Sejak semalam, hangat diperkatakan tentang isu faraid dan wang tunai RM1.3 juta milik pengasas kosmetik terkenal Dnars iaitu Allahyarham Faziani Rohban yang diambil oleh suaminya dari peti besi.
Anak Allahyarham, Irdina tampil membuat hantaran di TikTok dan meluahkan kekecewaan dan mendakwa isteri bapa tirinya itu yang merupakan pengasas popular turut mencampuri urusan harta pusaka arwah ibunya.
Kau bukan sesiapa, tak ada harta pun dalam tu. Tapi mencampuri pula, provoke lagi ahli-ahli faraid. Dasar muka jamban. Kalau dah pengikis, selamanya pengikis.
Isteri baru bapa tirinya itu merupakan pengasas produk yang baru popular dan menjadi sebutan ramai selepas mereka mula mengambil dua selebriti popular yang juga baru mendirikan rumah tangga sebagai ambassador.
Susulan itu, hantaran Instagram pengasas yang mesra dengan panggilan ‘Maam’ dalam kalangan pengikutnya itu ‘diserang’ sesetengah individu.
Menjengah ruangan komen di Instagram, beberapa individu dilihat bercakap tentang isu RM1.3 juta itu dan ada yang menggesa pengasas tersebut membantu suaminya untuk melunaskan apa yang patut.
Wanita berkenaan juga dilihat membalas salah satu komen dan berterima kasih kepada individu itu kerana memberi peringatan kepadanya tentang hal berkenaan.
Salam. Terima kasih atas ingatan. InsyaAllah kita tahu apa yang terbaik.
Terdahulu, suami Allahyarham Faziani tampil memberi penjelasan dan mendakwa tidak menerima sebarang surat mahkamah menyatakan arahan perlu menyerahkan semula wang tunai RM1.3 juta milik pengasas Dnars itu.
Ahmad Rizal juga berkata jumlah yang diambilnya itu hanyalah enam peratus daripada jumlah harta sepencarian mereka bernilai RM80 juta.
Wang berkenaan masih ada dalam pegangan saya, bukannya sudah habis. Sepatutnya tidak timbul isu kerana nilai yang saya ambil ini tidak melebihi hak yang sepatutnya.