Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021 menyatakan mana-mana individu melanggar SOP sewaktu tempoh pelaksanaan darurat, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 dan ia berkuat kuasa 11 Mac.
Seksyen 25 itu turut memperuntukkan bidang kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan atau mana-mana pegawai diberi kuasa untuk mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah akta berkenaan.
Hari ini, tular di media sosial seorang individu dikompaun RM10,000 kerana gagal mencatat kehadiran di sebuah restoran melalui catitan buku atau aplikasi MySejahtera.
Takiyuddin berkata, kompaun itu tidak perlu dibayar segera kerana individu diberi tempoh sebulan dan dalam tempoh ini mereka boleh pergi ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan berjumpa dengan pegawai diberi kuasa untuk membuat rayuan.
Tambah beliau, jika individu mahu kompaunnya diturunkan lagi, mereka boleh pergi ke mahkamah bagi proses perundangan seterusnya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, 330 notis kompaun RM10,000 telah dikeluarkan kepada individu yang melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
Sumber