Isu Curi Beras & Susu, Pihak Polis Kini Bantu Keluarga Suspek

Trending

Isu Curi Beras & Susu, Pihak Polis Kini Bantu Keluarga Suspek

Tular baru-baru ini gambar seorang lelaki yang dikatakan telah memecah masuk sebuah kedai makan sebelum mencuri sekampit beras dan sekotak susu.

Kebanyakan netizen turut melahirkan rasa simpati dan belas, tidak kurang juga yang mengecam tindakan suspek yang kelihatan sangat terdesak.

Advertisement

3 years ago

Curi Beras & Susu Kerana Hidup Susah, Lelaki Direman 3 Hari

Setelah disiasat, antara faktor lelaki tersebut tekad untuk mencuri adalah kerana dia hanya hanya bergantung kepada pendapatan isteri sebanyak RM30 sehari.

Ketua Polis Balai Kota Tinggi, Inspektor Wan Nasrul Fariq Wan Ismail berkata, bagaimanapun desakan hidup dilalui bukanlah alasan untuk melakukan jenayah.

Katanya, hasil kunjungan beliau ke kediaman isteri suspek untuk menyerahkan sumbangan mendapati keluarga tersebut hidup dalam keadaan susah ekoran hanya bergantung pada pendapatan isteri yang hanya ‘makan’ gaji harian.

“Keluarga ini agak susah dengan hanya bergantung pendapatan isteri RM30 sehari. Itu pun kalau ada kerja baru ada gaji.

Ujar Ketua Polis, memandangkan ada anak-anak kecil yang mungkin memerlukan makanan asas, inisiatif telah diambil dan pihak mereka juga turut membantu meringankan sedikit beban keluarga ini melalui sumbangan barangan keperluan asas.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan terutama dalam kes jenayah yang tidak membawa apa-apa manfaat.

“Suspek mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Anak sulungnya bersekolah di darjah tiga. Ketika kita datang isterinya hanya menangis sebak”

“Kita harap orang ramai agar jangan ambil jalan mudah walau apa pun masalah yang kita hadapi. Setiap tindakan yang kita ambil akan ada kesannya”

Terdahulu, polis berjaya menahan suspek lelaki yang mencuri sekampit beras dan susu selepas 11 jam melakukan jenayah itu.

Macam-macam hal kan. Semoga lelaki tersebut diberi peluang untuk menjadi ketua keluarga yang lebih bertanggungjawab.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...