Susulan isu curang melibatkan seorang guru dan ‘abang wiring’ yang berlaku di Melaka, wanita terbabit telah pun ‘direhatkan’ sehingga siasatan mengenai hal ini selesai.
Difahamkan, Menteri Pendidikan iaitu Fadhlina Sidek berkata bagaimanapun masih menjalankan tugasnya sebagai kakitangan awam.
Dalam pada itu, Fadhlina turut menegaskan bahawa pihaknya memandang serius dengan isu yang melanda ini dan mengambil tanggungjawab penuh untuk memastikan semua guru mematuhi integriti serta etika sebagai seorang guru yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Saya memberi jaminan setiap apa yang diadukan mengenai akhlak dan kelakuan guru diambil perhatian sepenuhnya kerana ia membabitkan soal imej seorang pendidik.
Sekadar info, perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh guru berkenaan serta ‘abang wiring’ mula menjadi bualan ramai selepas tersebarnya tangkap layar memaparkan mesej-mesej lucah antara mereka di WhatsApp.