Isu ‘Childfree’ Pasangan Suami Isteri, Ustazah Asma’ Harun Beri Pencerahan – “Ia Adalah Budaya Barat Dan Bertentangan Dengan Islam”

Kehidupan

Isu ‘Childfree’ Pasangan Suami Isteri, Ustazah Asma’ Harun Beri Pencerahan – “Ia Adalah Budaya Barat Dan Bertentangan Dengan Islam”

Sejak beberapa hari yang lalu, hangat diperdebatkan mengenai isu ‘childfree’ dalam kalangan pasangan suami isteri yang dikatakan semakin menular dalam masyarakat, umumnya muslim di Malaysia.

Gerakan ‘childfree’ menular di Malaysia?

Berikutan itu, pendakwah selebriti, Ustazah Asma’ Harun tampil memberi pencerahan mengenai isu tersebut.

Advertisement

Gerakan Childfree Malaysia

Budaya barat dan bertentangan dengan agama Islam

Maklum Asma’, gaya hidup tidak ingin mempunyai anak setelah bergelar suami isteri kerana ingin bebas dari tanggungjawab membesarkan zuriat adalah budaya negara barat dan tidak menepati cara hidup sebagai seorang muslim.

Dalam Islam kita dituntut untuk mempunyai anak dan mengembangkan zuriat keturunan agar dapat meramaikan dan melahirkan keturunan yang soleh solehah, taat kepada Islam dan menjaga kebanggaan Rasulullah SAW berdasarkan firmah Allah dalam surah An Nahl ayat 72 yang bermaksud:

Dan Allah SWT menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri) dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu; anak-anak dan cucu-cicit serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala) dan mereka kufur pula akan nikmat.

Berikutan itu, Ustazah Asma’ Harun meminta muslim di Malaysia khususnya untuk memahami hukum hakam agama sebelum membuat sebarang keputusan yang mungkin menyalahi syariat.

Berbalik kepada isu pasangan yang memilih gaya hidup ‘childfree’ tanpa memahami hukum hakam dalam Islam dan merasakan ia adalah pilihan terbaik hasil daripada pemahaman barat, maka perbuatan dan pemahaman tersebut jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan tidak sewajarnya orang Islam mempromosikannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Wanita bekas pekerja dikutuk live tiktok
6 months ago

Dua Wanita Mulut Puaka Dikecam Kutuk Rakan Sekerja Di ‘Live’ TikTok - “Mungkin Saya Tak Cukup Hensem...”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...