April 29th, 2019

Sudah beberap bulan kemelut rumah tangganya bersama penyanyi Aliff Aziz berlarutan, namun sehingga kini Bella Astillah masih belum dapat menyelesaikan masalah tersebut. Ramai yang tertanya, adakah beliau masih lagi boleh bersabar dan menerima suaminya itu meskipun sudah dua kali berlaku curang?

Bagaimanapun, kata Bella beliau menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir. Isu cerai juga tidak difikirkan lagi kerana sebolehnya Bella tidak mahu anaknya, Mohamad Ayden Adrean membesar tanpa seorang bapa.

Perkara yang terjadi ini memerlukan masa. Saya tidak boleh nak fikirkan diri sendiri sahaja sebab kami pun mempunyai anak yang masih kecil. Saya perlukan masa untuk menentukan ke mana arah rumah tangga kami. Saya tidak mahu anak membesar tanpa kasih sayang seorang ayah kandung.

Lagipun, dalam keturunan keluarga saya, belum ada lagi yang pernah melalui episod bercerai. Jadi, kalau boleh saya nak kekalkan benda itu.

Bella juga sudah meminta petunjuk dengan melakukan solat istikharah dan hanya berserah kepada Allah SWT untuk menentukan perjalanan hidupnya selepas ini.

Walaupun tidak lagi tinggal sebumbung dengan Aliff, Bella akui mereka kerap berhubung dan berjumpa.

Terdahulu, Aliff pernah mengecewakan hati isterinya sekitar tahun 2017 apabila dikatakan menjalinkan hubungan dengan pelakon Afifah Nasir. Bagaimanapun, kerana perasaan cinta dan sayang , Bella ketika itu memaafkan suaminya. Namun, Aliff  ‘kantoi’ curang buat kali kedua bersama pelakon baru, Oktovia Manrose.

Sumber Berita : mStar Online

63 responses to “Isu Cerai Saya Belum Fikir Lagi, Tidak Mahu Anak Membesar Tanpa Ayah – Bella Astillah”

  1. Anonymous says:

    Aku boleh je idup. Tna laki

  2. Anonymous says:

    Lagi sekali alip buat hal, kau meroyan dekat IG siap kau bella!

  3. Wud wud wudd says:

    Hello bella. Tak pernah dgr pasal co parenting ke? Takot anak membesar tnpa seorg father figure hello ko dok zaman bile. Even bercerai punn law si alip tu sorg bapak yg bagus boleh je die besarkan anak dgn baik.. ckp jela ko mmg xleh idop tnpe jantan bernama alip tu. Besok luse laki ko bt balik habaq lagi naa mmg netizen ni suke membawang sal laki ko ngn kebodohan ko. lantak la labuu idop ko nk idop dgn boye darat,ko ingat senang nk ubh?? Slamat berjayyeeee