Sebelum ini telah kecoh isu dimana pelajar yang menyambung terus pengajian dari Diploma ke Ijazah telah dimasukkan ke dalam CCRIS dan nama mereka telah blacklist di dalam system PTPTN.
Beberapa minggu lepas seorang activist mahasiswa telah membuat satu sidang media berkenaan hal ini yang melibatkan hampir 50 000 peminjam. Dan pada 1 Ogos 2017, pihak PTPTN telah memberi respon positif berkenaan perkara ini.
PTPTN telah mengambil tindakan akan isu ini dengan
1. Semua peminjam diploma ke degree yang masih belajar akan di clearkan nama daripada CCRIS dan juga blacklist keluar negara bermula 15/8/17
2. Akaun pinjaman diploma dan ijazah akan digabungkan menjadi satu.
Pembayaran balik pinjaman diploma dan degree disekalikan dan perlu mulakan pembayaran 6 bulan selepas tamat tempoh pinjaman terkini
Dengan tindakan bijak dari PTPTN ini, tiada lagi isu pelajar yang masih belajar perlu membuat bayaran pinjaman dan mendapat tunggakan yang tinggi.